CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 1

[Selangor] Penghuni baling mercun dari apartmen dikecam

[Copy link]
Post time 11-4-2023 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular penghuni sebuah apartmen di Cyberjaya membaling mercun dari rumahnya.



PETALING JAYA – Penghuni sebuah unit apartmen di Cyberjaya didakwa bertindak bermain mercun dengan membalingnya dari tingkap rumahnya sekali gus mengundang bahaya kepada penghuni lain.

Kejadian itu tular menerusi video dimuat naik di media sosial serta mengundang kemarahan orang ramai yang mahu tindakan dikenakan terhadap pelaku tersebut.

Berdasarkan video yang tular, dikatakan penghuni unit apartmen itu membaling mercun dari tingkap rumahnya hampir setiap hari.

“Main mercun hari-hari dari bilik. Tolong ambil tindakan. Entahlah apa dia pegang, dah 10 biji (mercun) hari ini,” kata keterangan pada video itu.

Perakam video itu mendakwa, penghuni tersebut tinggal di tingkat 20 apartmen tersebut.

“Tolonglah tangkap dia, bising ‘gila’,” katanya dengan kesal.

Dalam pada itu, orang ramai memberi cadangan supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan apartmen selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Lapor pihak pengurusan, lapor bahagian keselamatan. Kalau ‘tak jalan’, lapor polis habis cerita,” cadang Nadia Nahd.

“Lapor lapor, dah lama sangat rasanya daripada anak kecil lagi mereka suka baling mercun. Dengar sampai blok c, terkejut ‘baby’. Dah lah susah tidurkan, biar jadi pengajaran kepada yang lain,” komen Aisha Norzam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... i-apartmen-dikecam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 01:24 PM | Show all posts
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang sepatutnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list