|
Melaka: Tercicir wang tunai berjumlah RM20,000 selain pelbagai dokumen penting ketika membuang sampah.
Itu nasib malang menimpa seorang peniaga ayam, Mohammad Saiful Naim Basri, 33, yang hanya menyedari kehilangan beg sandang berwarna hitam itu di rumah mereka di Taman Tanjung Minyak di sini, jam 10.15 pagi kelmarin.
Isterinya, Siti Izrahayu Mohd Zamri, 33, bagaimanapun merayu individu yang terjumpa beg sandang itu supaya memulangkannya kembali.
"Saya faham duit RM20,000 itu mungkin susah nak dapat semula, tapi saya merayu sangat sesiapa yang terjumpa beg itu, tolong pulangkan.
"Selain wang tunai, semua dokumen penting suaminya seperti kad pengenalan, kad bank, lesen memandu, kad nikah, invois jual beli ayam dan buku catatan hutang pembelian ayam ada di dalam beg itu.
"Suami membawa beg itu ketika membuat penghantaran ayam yang sudah diproses kepada beberapa pelanggan sekitar Tanjung Minyak, Cheng dan Bukit Rambai di sini. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah ke tempat pembuangan sampah untuk membuang sisa ayam dan terus pulang," katanya,
Bagaimanapun suami menyedari beg silang itu tercicir sebelum mereka mencarinya di tempat pembuangan sampah dan laluan digunakan suami.
Siti Izrahayu berkata, suaminya turut membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak jam 1.20 tengah hari kelmarin.
"Wang berjumlah RM20,000 itu adalah bayaran yang perlu dijelaskan kepada pembekal. Saya merayu, tolonglah sesiapa sahaja yang menjumpai beg itu supaya menghubungi saya di talian 013-7962030," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-tercicir-rm20000 |
|