CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Selangor] Polis buru geng rempit LATAR

[Copy link]
Post time 11-4-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar dua video memaparkan dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), di sini. FOTO IHSAN POLIS

Kuala Selangor: Jadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini, sebagai litar untuk berlumba haram membabitkan dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kegiatan itu yang tular di media sosial mengundang padah apabila ahli kumpulan berkenaan kini menjadi buruan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata, terdahulu pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Katanya, video pertama memaparkan sekumpulan empat penunggang motosikal dengan model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

"Dua daripada mereka melakukan aksi 'wheelie' iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri.

"Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal," katanya tadi.

Beliau berkata, ketika ini polis giat mengesan pemilik video asal dan semua penunggang motosikal terbabit.

Menurut Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, video kedua memaparkan sebuah motosikal ditunggang dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi 'wheelie'.

Ramli berkata, aksi penunggang motosikal itu disaksikan sekumpulan penunggang motosikal lain.

"Kumpulan itu didapati sedang berhenti dan berkumpul di tepi jalan di kawasan Lebuhraya LATAR.

"Hasil penelitian video, polis mengenal pasti salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan terbabit adalah PNV 1414.

"Polis turut berusaha mengesan perakam video itu dan akan merakam percakapannya. Selain itu, video berkenaan akan dihantar ke Unit Forensik untuk tindakan lanjut serta mengesan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-geng-rempit-latar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048578 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list