CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Melaka] 'Rembat' harta majikan RM300,000, wanita ditahan polis

[Copy link]
Post time 11-4-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan menggambarkan tindakan licik seorang wanita yang tergamak 'berjoli sakan' dengan menggadaikan barang kemas dan beg berjenama milik majikannya bernilai hampir RM300,000.

Difahamkan semua barang berharga itu diamanahkan untuk disimpan suspek berusia 31 tahun sejak Disember tahun lalu.

Difahamkan perbuatan suspek terbongkar apabila dia gagal memulangkan semua barangan berharga itu ketika diminta mangsa dengan memberi pelbagai alasan sebelum melarikan diri ke Negeri Sembilan.

Difahamkan juga semua hasil jualan dan gadaian barangan berharga itu habis digunakan suspek untuk membeli kereta dan barangan kemas untuk dirinya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dan suaminya masing-masing berusia 31 dan 36 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan di Telok Kemang pada 5 April lalu.

Menurutnya, tangkapan dibuat hasil risikan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah susulan aduan dibuat mangsa pada 21 Mac lalu di Balai Polis Tanjung Minyak.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa berusia 30 tahun terbabit mengusahakan spa di negeri ini.

"Dia mendakwa ada menyerahkan barangan berharga kepada suspek di rumahnya di Taman Desa Bertam, pada 26 Disember 2022.

"Barangan itu membabitkan 16 gelang tangan emas, enam rantai leher emas, 30 cincin emas dan tujuh beg tangan berjenama bernilai RM299,750.

"Mangsa juga memaklumkan secara lisan kepada suspek untuk menyimpan sementara semua barangan itu bagi mengelak diambil suami mangsa berikutan mereka dalam proses perceraian," katanya.

Menurutnya, disebabkan mangsa berasal dari Sabah dan tiada saudara mara di sini, mangsa terpaksa meletakkan kepercayaan kepada suspek untuk menyimpan barangan itu sementara dia mendapat rumah sewa baharu.

Christopher berkata, suspek bagaimanapun memberikan pelbagai alasan ketika dihubungi mangsa pada 2 Mac lalu yang diminta memulangkan barangan berharga itu.

"Selepas didesak suspek akhirnya mengakui semua barang kemas itu sudah digadaikan di beberapa pajak gadai di negeri ini manakala beg tangan dijual di di Kuala Lumpur menyebabkan mangsa kerugian RM299,750.

"Suspek kedua (suami) ditahan kerana disyaki bersubahat kerana turut berada bersama ketika penyerahan barangan itu.

"Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah," katanya.

Menurutnya, polis turut menyita sebuah kereta milik suspek wanita serta merampas pelbagai resit pembelian barang kemas miliknya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anita-ditahan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049970 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list