View: 230|Reply: 0
|
[Johor]
APMM gagalkan cubaan rompak di laut
[Copy link]
|
|
Bot kayu bersama muatan besi buruk yang dirompak enam suspek lelaki warga Indonesia berjaya ditahan. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA
Kota Tinggi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili mematahkan cubaan rompak bot tunda bawa besi buruk di kedudukan 3.7 batu nautika tenggara Tanjung Setapa di sini semalam.
Pemangku Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pihaknya menerima pada 12 tengah hari dari nakhoda bot tunda Target 10.
Katanya, bot tunda itu membawa muatan besi buruk dalam perjalanan ke Pulau Pinang memaklumkan mereka dihimpit beberapa bot dipercayai mahu merompak.
"Bertindak atas aduan, aset APMM ke lokasi dan berjaya memintas sebuah kayu sarat dengan muatan besi buruk yang dicuri," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Najib berkata, bot itu dikendalikan enam lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 51 tahun.
"Mereka ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 dan 445 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan kelmarin, Mohd Najib berkata pihaknya mematahkan cubaan membawa masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI).
Katanya, Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) mengesan bot mencurigakan dari perairan Indonesia.
"Aset APMM berjaya menahan bot kayu membawa lima lelaki warga Indonesia berusia 29 hingga 47 tahun di kedudukan 5.4 batu nautika tenggara Tanjung Setapa pada jam 10.40 malam.
"Pemeriksaan lanjut semua lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka ditahan dan mengikut Akta Imigresen 1959 / 63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baan-rompak-di-laut |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|