View: 210|Reply: 0
|
[Selangor]
Sudah dua hari meninggal dunia
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ceks_1681287464.jpg)
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mayat lelaki yang sudah kembang menerusi tingkap. FOTO Ihsan Bomba.
Petaling Jaya: Mayat lelaki yang dikeluarkan menerusi tingkap di rumahnya di Seksyen 2, di sini, malam tadi adalah penghidap kencing manis dan darah tinggi.
Lelaki terbabit dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu di dalam sebuah bilik rumahnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada adik mangsa melaporkan penemuan mayat abangnya itu jam 6 petang semalam.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja tinggal bersama adiknya di rumah berkenaan. Bagaimanapun mereka jarang berjumpa berikutan urusan kerja adik mangsa dan kali terakhir mereka bertemu sekitar 5 petang, Ahad lalu.
"Mangsa disahkan meninggal dunia dalam tempoh 48 jam oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong besi tingkap pada bilik berkenaan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang sudah kembang.
Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa minit untuk memotong dan membawa keluar mayat mangsa terbabit.
Mengulas lanjut Fakhrudin berkata, keadaan mayat mangsa yang sudah mengembung memaksa polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mangsa menerusi tingkap bilik berikutan pintu terlalu sempit.
"Memandangkan saiz badan mangsa yang besar JBPM terpaksa memotong besi tingkap bilik untuk mengeluarkannya.
"Mayat mangsa di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Azizul Zahari di talian 0127220094.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ari-meninggal-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|