CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[DUNIA] Budak 11 tahun kayuh basikal 130 kilometer untuk jumpa nenek

[Copy link]
Post time 13-4-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



BEIJING – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di China berbasikal selama hampir 24 jam untuk sampai ke rumah neneknya semata-mata untuk mengadu mengenai pertengkaran dengan ibunya, lapor laman berita Wion News semalam.

Pada akhirnya, budak lelaki itu keletihan dan ditemui oleh orang ramai sedang duduk bersendirian di dalam terowong sebuah lebuh raya, lapor media tempatan Meilizhejiang.

Anggota polis yang datang untuk membawa budak itu bersama mereka terkejut apabila mengetahui dia berbasikal selama lebih 22 jam dan telah menempuh perjalanan hampir 130 kilometer (km) selepas meninggalkan rumahnya di Hangzhou, wilayah Zhejiang, timur China.

Dia berbasikal untuk sampai ke rumah neneknya yang terletak di Meijiang, sebuah daerah di Zhejiang supaya dapat berkongsi keluhannya selepas bergaduh dengan ibunya.

Semasa berbasikal, budak lelaki itu menggunakan papan tanda jalan raya untuk cuba sampai ke rumah neneknya dan menyatakan bahawa dia telah mengambil beberapa selekoh yang salah.

Ekoran tersalah selekoh, dia mengambil masa dua kali lebih lama daripada tempoh yang sepatutnya untuk sampai ke tempat dia ditemui.

Kanak-kanak tersebut memberitahu polis bahawa dia meneruskan kayuhan sepanjang malam sambil makan roti dan minum air yang dibawanya dari rumah.

Dia kemudian dibawa ke sebuah balai polis berhampiran sebelum diambil oleh ibu bapa dan neneknya pada sebelah petang. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052563 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list