View: 251|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
11 PATI warga Indonesia baru mendarat dicekup
[Copy link]
|
|
PATI yang berjaya ditahan melalui Op MERPATI I KTJ 3 Div di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged), semalam.
11 PATI warga Indonesia baru mendarat dicekup
KOTA TINGGI – Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berjaya ditahan melalui Op MERPATI I KTJ 3 Div di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged), semalam.
Dalam operasi tersebut, turut dirampas wang tunai dan 16 buah telefon bimbit yang terdiri daripada pelbagai jenama bernilai keseluruhan berjumlah RM 21,247.11.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Op MERPATI I bermula 19 Mac sehingga 19 Mei ini telah berjaya menghidu kehadiran PATI melalui Radar Gempita 8 X 8.
“Sebuah bot yang mencurigakan telah mendarat di persisiran pantai berdekatan Parit Jepun. Susulan itu kumpulan pos pemerhati telah berjaya menangkap dua orang lelaki dan seorang perempuan pada pukul lebih kurang 10.55 malam.
“Kemudian, Tim Dron dari 6 RRD telah diaturgerakkan bagi melaksanakan penjejakan bagi mencari saki baki PATI di kawasan berhampiran dan berjaya menemui lapan orang lelaki yang berada di dalam semak pada pukul 11.15 malam.
“Kesemua PATI yang terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita Indonesia berumur diantara 23 tahun sehingga 44 tahun kemudian di bawa ke Balai Polis Bayu Damai dan seterusnya menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit.
Katanya kesemua PATI yang didapati negatif COVID-19 ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... u-mendarat-dicekup/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|