CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2104|Reply: 0

[SEJARAH] Sejarah Lemang, Makanan Utama Orang Asli

[Copy link]
Post time 14-4-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah Lemang, Makanan Utama Orang Asli



Lemang merupakan sejenis makanan tradisional yang disediakan menggunakan bahan seperti serta beras pulut, santan yang dimasak dalam buloh. Makanan ni di gemari oleh ramai Masyarakat Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Seperti semua sedia maklum, lemang ini dah jadi makanan simbolik dan lazimnya dihidang pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidiladha serta beberapa perayaan lain.


Lemang, makanan tradisi orang Melayu dan Indonesia. Sumber: butterkicap


Lemang sudah wujud sebagai makanan tradisi sejak beratus tahun dulu.
Menurut sejarah di Malaysia, kewujudan makanan ni dah direkod sejak tahun 1864 lagi. Kalau korang semua nak tahu, lemang ni dikatakan makanan asal orang Asli Negrito di Kelantan suatu zaman dahulu dan ia juga adalah makanan utama mereka. Orang Asli Negrito merupakan penduduk yang terawal di Kepulauan Melayu dan mereka juga adalah merupakan salah satu kaum orang asli yang terdapat di Malaysia. Memang dah lama orang Asli ini telah wujud tau, sejak dari 1000 SM lagi dengan bukti penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. (Sumber: orangkata.my)


Cara tradisional bakar lemang. Sumber: Google

Antara sejarah menarik lain tentang Lemang bagi masyarakat Indonesia pula, seorang ulama iaitu Sheikh Burhanuddin datang dan menyebarkan Islam di tanah Minangkabau. Kunjungan dia ke sana telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan namun dia tak berani nak makan disebabkan risau dengan status halal. Penduduk disana pula masih ramai yang belum Islam, jadi Sheikh Burhanuddin suruh penduduk cari buluh, daun pisang dan kelapa tua untuk jadikan Lemang. Sejak dari peristiwa itu, Lemang telah dijadikan sebagai makanan rasmi bagi perayaan besar Islam sebagai simbolik terhasilnya makanan halal.


Makanan wajib ada waktu raya. Sumber: tasteatlas

Walau bagaimanapun, kita tak boleh assume yang Sheikh Burhanuddin orang pertama menghasilkan lemang. Hal ini kerana dia sendiri berasal dari Guguak Sikaladi yang merupakan kerajaan terawal Melayu-deutro. So, berkemungkinan besar Sheikh Burhanuddin sudah biasa memasak nasi di dalam buluh kat sana sebab dah memang wujud lemang ni, kan? Jadi, macam tu la lemang ni meluas jadi makanan tradisi di Indonesia juga.



Lemang Jagung. Sumber: Google


Lemang juga ada beberapa jenis tau, macam Lemang Pulut Hitam, Lemang Periuk Kera dan Lemang Jagung. Siapa pernah rasa Lemang Jagung? Mesti sedap gabungan jagung yang manis dengan lemang yang berlemak ni. Nak kena cari ni, dah teringin pula!

Ha, sekarang kita dah tahu sedikit sebanyak tentang asal usul lemang, baru kita tahu betapa luasnya sejarah dia kan. Yelah, selama ni tahu makan je lemang cicah serunding, mana nak tau asal usulnya. Nanti dah boleh bercerita sejarah lemang ni dekat keluarga time hari raya, mesti semua teruja dengar tau!

Sumber:https://purpledurian.my/makan/tr ... n-utama-orang-asli/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048433 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list