CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita atas jambatan Putrajaya hanya mahu menenangkan perasaan

[Copy link]
Post time 15-4-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular

Putrajaya: Keberadaan seorang wanita di atas Jambatan Wawasan Presint 2 di sini, semalam, bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya untuk menenangkan perasaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan polis mendapati wanita yang berumur 30-an itu tertekan kerana keputusan mahkamah ke atas satu tuntutan sivil tidak berpihak kepadanya dan dia dikehendaki membayar sejumlah wang atas keputusan tersebut.

Katanya, wanita tersebut pergi ke jambatan berkenaan kira-kira 11 pagi semalam dan orang awam yang melalui jambatan melihat mangsa dalam keadaan menangis dan berjaya memujuknya.

"Pihak polis mendapat makluman daripada panggilan MERS 999 dan membawa wanita itu ke Balai Polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.

"Pihak keluarga mangsa dipanggil untuk membantu siasatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menghubungi pihak berwajib sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan secara melulu.

Terdahulu, tular sebuah video TikTok yang menunjukkan wanita sedang menangis dan berada dalam keadaan mencurigakan di atas jambatan namun ketika ini, video itu sudah dipadamkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enenangkan-perasaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list