CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Permulaan sukar Damok di GP Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 15-4-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode

Aksi Syarifuddin (nombor 63) di Litar COTA. Foto kredit: ZK Racing

KUALA LUMPUR: Syarifuddin memulakan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat dengan langkah kiri namun pelumba Moto3 negara itu tetap berkeyakinan untuk menunjukkan peningkatan menjelang hari perlumbaan, hujung minggu ini.

Pelumba pasukan MT Helmets - MSI itu menamatkan sesi latihan bebas semalam dengan berada di tempat terakhir daripada 28 pelumba keseluruhan untuk hari pertama dengan hanya sedikit peningkatan dari sudut catatan masa sepusingan dapat dicatatkan.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok memperbaiki catatan masa dilakukan pada sesi latihan bebas pertama 2 minit 19.337 saat (s) dengan catatan baharu 2'19.322s pada sesi kedua di Litar COTA.

"Hari ini (semalam), hari yang tidak berapa positif buat saya tetapi saya berusaha untuk perbaiki diri dan juga jentera," kata Damok yang membuat penampilan pertama di COTA.


"Saya harap semua orang dapat mendoakan saya mendapat keputusan dan dapat menambah baik pada hari esok dan hari perlumbaan."

Pada pusingan kedua musim di GP Argentina awal bulan ini, Damok berjaya meraih lima mata sulung pada kempen musim penuh pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 selepas bermula daripada petak ke-20.

Selepas tiga perlumbaan musim ini, Damok berada di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan lima mata manakala pelumba Sepanyol, Daniel Holgado mendahului carta, 38 mata.

https://www.bharian.com.my/sukan ... gp-amerika-syarikat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042587 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list