CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Johor] Pilu keluarkan jasad anak dari dasar sungai

[Copy link]
Post time 16-4-2023 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Segamat: "Tak sangka sama sekali, saya ditakdirkan mengeluarkan jenazah anak dan anak jiran dari dasar sungai".

Demikian luahan pilu, Hermee Latim, 47, bapa kepada salah seorang daripada dua kanak-kanak lelaki yang lemas di Sungai Pulau Jering, di Kampung Bukit Tunggal, Segamat di sini, petang semalam.

Anaknya Ahmad Muhammad Ibnu, 12, dan anak jirannya, Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Beliau berkata, kebetulan ketika kejadian dia melalui lokasi di Sungai Pulau Jering kira-kira jam 5 petang semalam.

"Anak kedua saya, Ahmad Aidil Kuyom Hermee, 10, berada di tebing sungai berkenaan memberitahu abangnya bersama seorang rakan hilang di dalam sungai tersebut.

"Saya terus terjun ke dalam sungai namun tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk," ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Islam di Kampung Bukit Tunggal di sini, hari ini.

Hermee berkata, beliau mulai mengesyaki perkara buruk menimpa kedua-dua kanak-kanak itu apabila mereka tidak kelihatan di permukaan sungai.

Menurutnya, dia menemui kedua-dua kanak-kanak itu di dasar sungai dan berjaya mengeluarkan mereka yang sudah tidak sedarkan diri.

"Saya terduduk dan hampir pitam. Kedua-duanya dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Walaupun sedih saya redha dengan pemergian arwah anak.

"Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan segala urusan daripada proses bedah siasat hinggalah pengebumian jenazah arwah," katanya yang masih tergamam dengan kejadian itu.

Jenazah Ahmad Muhammad Ibnu dan Muhammad Khalifi selamat dikebumikan dalam satu liang lahad Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal di sini selepas solat Zohor hari ini.

Suasana sedih menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang turut dihadiri 250 penduduk kampung termasuk sanak saudara

Sementara itu, penduduk kampung yang enggan dikenali berkata dia melihat kelibat kanak-kanak itu menuju ke arah sungai berhampiran di sini petang, semalam

Katanya, tingkah laku mereka selamba tersenyum kepada penduduk kampung berhampiran lokasi mereka sebelum ditemui lemas, rupa-rupanya petanda mereka akan pergi buat selama-selamanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marindah yang turut hadir di lokasi, mengesahkan kejadian.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) hari ini mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Hermee menaburkan bunga atas pusara anaknya. FOTO Ahmad Ismail

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asar-sungai-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.038966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list