CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Johor] Jerebu di Segamat bukan akibat faktor tempatan

[Copy link]
Post time 17-4-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Dr Mohd Famey.

Johor Bahru: Tiada pembakaran terbuka berskala besar dikesan di Segamat atau daerah berhampirannya sejak tiga hari lalu yang menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat direkodkan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pemantauan dan siasatan pihaknya mendapati pencemaran udara yang berlaku di Segamat bukan disebabkan faktor tempatan.

Katanya, cerapan yang dilakukan mendapati tiada punca setempat dikesan menyebabkan IPU di Segamat merekodkan bacaan tidak sihat sejak kelmarin.

"Menerusi siasatan kami, pencemaran udara di Segamat disebabkan punca faktor rentas sempadan dari negara jiran.

"Namun, tidak dapat disahkan negara asal pencemaran itu daripada data-data yang kami cerap," katanya ketika dihubungi.

Dua lokasi di negara ini iaitu Segamat di Johor dan Kota Bharu, Kelantan, mencatat indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, semalam.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) JAS, bacaan IPU di Segamat meningkat daripada 126 pada jam 9 pagi semalam kepada 151 sejam kemudian.

Segamat mencatat bacaan IPU tidak sihat sejak tiga hari lalu dengan IPU tertinggi direkodkan ialah 151.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Segamat kini menurun pada paras 98 atau sederhana, tengah hari tadi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bat-faktor-tempatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.235175 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list