CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Selangor] Saman gagal pamer cukai jalan sudah dibatalkan

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Siasatan dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang dimuat naik seorang individu di Facebook berhubung gambar memaparkan saman polis yang dikeluarkan terhadapnya.

"Semakan dilakukan mendapati saman itu dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada petugas di lapangan untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor.

"Ia selepas arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui menterinya, Anthony Loke pada 10 Februari lalu.

"Siasatan dalaman akan dibuat ke atas anggota terbabit di atas kecuaian dilakukan dan kami juga sudah membatalkan saman berkenaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-sudah-dibatalkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.033810 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list