CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Perak] Peniaga yakin biskut laris pada malam raya

[Copy link]
Post time 19-4-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

SITI AISYAH (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada biskut dan kuih raya yang dijualnya di sebuah bazar di Parit Buntar baru-baru ini. – WAT KAMAL ABAS


PARIT BUNTAR – Peniaga-peniaga kuih raya tetap yakin akan mendapat pulangan perniagaan apabila ada yang akan memborongnya pada saat akhir menjelang Aidilfitri.

Malah mereka masih mengharapkan jualan perniagaan akan bertambah baik pada saat akhir atau sehari sebelum Syawal.

Seorang peniaga, Siti Aisyah Shahrom, 39, yakin orang ramai akan mengerumuni gerai jualan kuih rayanya pada malam-malam terakhir Ramadan.

“Kehadiran pengunjung ke bazar hari raya khususnya tempat jualan kuih serta biskut raya agak perlahan, namun saya percaya orang ramai pasti akan berpusu-pusu pada saat akhir.

“Apatah lagi golongan peniaga akan melakukan lelongan pada malam terakhir Ramadan, jus­teru ia menjadi tarikan kepada orang ramai yang mahu melakukan pembelian pada saat akhir,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Jelas Siti Aisyah, dia menjual sebanyak 50 jenis biskut raya moden serta tradisional tahun ini, termasuklah shortbread, almond London, tart nanas, snow nestum, biskut aiskrim dan lain-lain.

Seorang lagi peniaga, Norhayati Mahmud, 43, berkata, dia tidak kisah untuk menurunkan harga jualan pada malam raya kerana sudah menjadi kelaziman ba­ginya untuk berbuat begitu pada setiap tahun.

“Saya sudah biasa berbuat demikian kerana memahami sebilangan pengguna biasanya akan menunggu saat-saat akhir untuk melakukan pembelian kuih raya.

“Daripada sudut perniagaan pula, memberi diskaun pada malam raya tidak begitu menjejaskan hasil jualan kerana jumlah pembelian akan meningkatkan mungkin sekali atau dua kali ganda berbanding hari biasa,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati, kebanyakan biskut raya dijual pada harga RM25 sebekas dan ada juga yang menjual secara pakej tiga bekas berharga RM70.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... is-pada-malam-raya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051416 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list