CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tidak dibenar solat, puasa, buruh paksa diselamatkan

[Copy link]
Post time 20-4-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seorang pembantu domestik Indonesia (PDI) yang dipercayai cuba dieksploitasi untuk kegiatan pemerdagangan orang dan buruh paksa, Isnin lalu.

Pengarahnya, Roslan Bahari, berkata pembantu berusia 40 tahun itu diselamatkan di sebuah rumah di Port Dickson dekat sini, jam 9.30 malam.

Beliau berkata ia dilakukan dalam operasi Sauvetage membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Balai Polis Tanah Merah Port Dickson dengan keseluruhan anggota seramai lapan orang.

Katanya, aduan berhubung kes ini diterima daripada pihak Kedutaan Besar Republik (KBRI) di Kuala lumpur dan hasil siasatan awal pihaknya, mendapati wujud indikator pemerdaganan orang dan buruk paksa ke atas mangsa yang terbabit.

"Mangsa yang berkenaan mula bekerja dengan majikan terbabit sejurus sampai ke negara ini pada Oktober 2022.

"Pada mulanya, gaji mangsa tidak dibayar bagi November dan Disember 2022 atas alasan bagi menanggung kos membawa masuk wanita itu ke negara ini, bagaimanapun mangsa menerima gaji bagi bulan Januari hingga Mac lalu.

"Siasatan lanjut mendapati keadaan yang menimpa mangsa menunjukkan wujudnya indikator buruh paksa apabila mangsa tidak bebas sama ada di dalam mahupun di luar rumah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


ROSLAN ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Seremban. FOTO Mohd Amin Jalil

Mengulas lanjut, Roslan berkata, urusan permit mangsa dilewatkan dipercayai sebagai langkah mengelakkan mangsa melarikan diri selain satu tindakan manupulasi dengan tujuan bagi menakut-nakutkan wanita berkenaan.

Beliau berkata, mangsa juga tidak dibenarkan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam apabila tidak dibenarkan mendirikan solat dan berpuasa, malah dipaksa memakan daging tidak halal.

"Mengambil kira semua aspek berkenaan, mangsa diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan di Kuala Lumpur sementara menunggu tindakan menghantar wanita berkenaan pulang ke negara asal.

"Siasatan lanjut sedangkan dijalankan terhadap suspek yang berusia 47 tahun," katanya.

Menurutnya, JKT Negeri Sembilan tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu membabitkan pelanggaran mana-mana akta oleh majikan.

"Operasi penguatkuasaan dan juga menyelamat akan terus dilaksanakan bagi memastikan keharmonian industri buruh negara bukan saja terpelihara tetapi bebas daripada budaya buruh paksa," katanya.

Mengulas kemungkinan ada kes lagi yang sama berlaku di negeri ini dan belum dapat dikesan, Roslan tidak menolak kemungkinan itu dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membuat aduan kepada JTK.

"Ini kes pertama membabitkan kegiatan pemerdagangan orang dan buruk paksa dikesan di negeri ini tahun ini manakala tahun lalu merekodkan dua kes dengan kertas siasatan sudah dibuka," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iselamatkan-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list