CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 3

Emas aset paling selamat di dunia

[Copy link]
Post time 25-4-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Emas aset paling selamat di dunia


NILAI emas lebih terjamin jika dibandingkan dengan aset lain kerana ia antara aset yang boleh dikekalkan nilainya semasa kemelesetan ekonomi.


KEADAAN ekonomi kini yang kurang stabil berikutan kesan kenaikan harga barang selepas berakhirnya wabak Covid-19 melanda dunia, ditambah pula dengan isu perang perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih berlanjutan menyebabkan ketidaktentuan ekonomi di seluruh dunia.

Sememangnya keadaan ini amat membimbangkan kerana ia membawa impak negatif kepada perniagaan dan ekonomi secara amnya.

Salah satu impak daripada kelembapan ekonomi adalah inflasi apabila nilai mata wang ringgit merosot.

Ketua Jabatan Pelaburan Runcit Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Sarimah Bashah berkata, untuk mengelak daripada mengalami kesan besar terhadap simpanan pada masa sekarang, maka salah satu aset yang paling selamat di dunia adalah emas.

Katanya, nilai emas lebih terjamin jika dibandingkan dengan aset lain kerana emas adalah antara aset yang boleh dikekalkan nilainya semasa kemelesetan ekonomi.

"Emas dilihat sebagai tempat perlindungan yang selamat terutama pada era krisis. Ini terbukti dengan kenaikan emas pada tahap tertinggi melebihi AS$2,000 seauns ketika pandemik melanda dunia pada 2020.

"Ini adalah kerana pelabur akan mencari perlindungan untuk aset mereka ketika ekonomi tidak menentu.

"Emas sekali lagi membuktikan kelebihannya dalam keadaan ekonomi tidak menentu apabila sekali lagi melonjak lebih AS$2,000 seauns pada April 2023 berikutan krisis perbankan di AS dan Eropah.

"Justeru, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang, memang masih relevan lagi untuk melabur dalam emas tidak kira secara fizikal atau digital.

"Di Bank Muamalat sendiri, apa yang kami lihat pelabur cenderung memilih akaun emas digital berbanding fizikal dengan lebih 95 peratus transaksi emas di Bank Muamalat adalah dalam bentuk akaun emas.

"Bagaimanapun, akaun emas ini adalah 100 peratus disandarkan pada emas fizikal yang disimpan oleh pihak bank," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas dan pemerhatian, pemilihan akaun emas adalah disebabkan ia menawarkan perbezaan harga jual beli yang lebih rendah dan kos penyimpanan emas oleh bank adalah secara percuma.

Selain itu, beliau berkata melalui akaun emas, pelabur boleh memilih untuk membuat pembayaran zakat secara automatik melalui Ez-Zakat.

"Namun, dari segi pelaburan fungsi emas digital dengan fizikal adalah sama, cuma yang berbeza adalah kos pelaburan (perbezaan harga jual dan beli).

"Satu-satunya fungsi yang tidak dapat dinikmati dengan akaun emas hanyalah perasaan puas hati memegang emas fizikal yang sering menjadi jawapan kenapa sebilangan pelanggan masih membeli emas fizikal walaupun menyedari perbezaan harga jual beli yang lebih tinggi.

"Ini biasanya disebabkan emas fizikal digunakan sebagai hadiah atau menjadi simpanan pengumpul emas," katanya.

Sarimah berkata, bagaimanapun individu yang baru berjinak untuk melabur emas sama ada digital atau fizikal, mereka boleh melabur emas secara berkala sebagai contoh pembelian segram setiap bulan atau RM50 ke RM100 mengikut bajet.

Selain itu, pastikan institusi atau platform emas yang dipilih adalah kukuh dan boleh dipercayai.

Sebagai contoh menyimpan di bank yang mana aktivitinya dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

"Tetapkan juga matlamat pelaburan jangka panjang (contoh 500 gram atau 1 kilogram simpanan emas untuk tujuan persediaan sebelum bersara) dan jangan dipengaruhi sentimen semasa.

"Pelabur juga jangan lupa menyemak semula pelaburan secara berkala (setiap tiga, enam bulan atau setahun) dan jangan lupa untuk berzakat," katanya.

Tambahnya, jika pelaburan akaun emas dibuat di syarikat dagangan emas bukan bank, pelabur dinasihatkan lebih berhati-hati dan membuat kajian sebelum membuat keputusan melabur.

"Pastikan syarikat dagangan emas yang dipilih itu mempunyai kewangan yang kukuh kerana kita tidak mahu mengambil risiko dengan simpanan persaraan atau pendidikan anak dengan menyimpan di syarikat yang tidak mempunyai kewangan kukuh kerana terdapat terlalu banyak kes di mana pelabur ditipu dengan akaun pelaburan emas.

"Melabur dengan syarikat kewangan yang berlesen sememangnya lebih selamat," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... ng-selamat-di-dunia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas infonya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 02:47 PM | Show all posts
I dapat kesedaran beli emas ni lambat. Duk perabih duit beli designer bags je dulu. Alasannya sebab I tak minat barang kemas. Sekarang ni baru la gigih nak mengumpul. Bags pulak pakai murahan je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 1.248407 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list