CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penjenayah siber dedah data peribadi pelanggan di laman web gelap

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad kira-kira 20 pelanggannya didedahkan oleh penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.

Dalam kenyataannya hari ini, AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.

"Kami bersedia dan menjangkakan perkara itu. Siasatan dengan pihak ketiga iaitu pakar keselamatan siber juga masih diteruskan.

"Adalah penting untuk menyatakan bahawa kesemua maklumat yang dicuri oleh penjenayah siber itu diperoleh menerusi aktiviti haram dan sehubungan itu semua (perbuatan) mengambil, menggunakan dan penyebarannya adalah satu kesalahan jenayah," katanya.

AKPK juga menegaskan bahawa ia sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa undang-undang dan pihak berwajib lain, termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital serta CyberSecurity Malaysia dalam siasatan menyeluruh yang sedang dijalankan.

"Kita juga sedang berusaha untuk mengenal pasti maklumat yang telah diakses secara haram dan akan memaklumkan pelanggan yang terjejas," katanya.

Pada masa sama, AKPK akan terus mengurangkan impak pencerobohan dan meneruskan jangkauan secara terus dan berkomunikasi dengan semua pelanggan.

"Kakitangan AKPK akan membantu pelanggan dengan memberi nasihat untuk menangani perkara berkaitan dengan pencerobohan itu. Kita juga secara berperingkat dalam proses menghidupkan semula sistem dan memaklumkan sebarang kemas kini rasmi sewajarnya," katanya.

Pada 30 Mac lalu, AKPK bertindak menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang risiko seterusnya selepas sistem teknologi maklumatnya diceroboh.

Pelanggan AKPK boleh menghubungi pusat panggilan khusus di nombor 03-26167766 atau https://www.akpk.org.my/branches untuk maklumat mengenai cawangan AKPK yang terdekat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-laman-web-gelap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list