CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Johor] 'Saya perlu bantuan selamatkan Umi yang buta dan parah dilanggar'

[Copy link]
Post time 27-4-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

UMI buta kedua matanya. FOTO ihsan Mohamad Habil Jaffri

Kulai: "Saya anggap kehadiran Umi sebagai ujian. Kalau tak bantu seolah-olah saya menolak ujian Allah kepada saya," kata pemandu e-hailing, Mohamad Habil Jaffri.

Mohamad Habil, 33, kini buntu memikirkan bagaimana mendapatkan wang untuk menyelamatkan Umi iaitu kucing betina yang buta kedua matanya dan perlu menjalani tiga pembedahan.

Ia berlaku selepas Umi cedera parah pada bahagian kaki kiri, paha serta tulang pinggang dipercayai akibat dilanggar.

Menurut Mohamad Habil, dia sudah membawa Umi ke sebuah klinik veterinar di Johor Bahru semalam bagi menjalani pembedahan tulang pinggang yang membabitkan kos sebanyak RM3,449 dengan sebahagian besarnya hasil sumbangan orang ramai dan bakinya menggunakan duit simpanan sendiri.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk kos rawatan di klinik memandangkan Umi kini ditahan di wad kemungkinan selama empat hingga lima hari sejak semalam.


KEADAAN Umi yang memerlukan rawatan dan pembedahan. FOTO ihsan Mohamad Habil Jaffri

Bercerita lanjut, Mohamad Habil yang menetap di Taman Gemilang, di sini, berkata, dia sebelum ini hanya memelihara 13 ekor kucing jalanan.

Empat hari sebelum Aidilfitri, Mohamad Habil dan ibunya, Zaliha Omar, 64, dikejutkan dengan kehadiran Umi di hadapan rumah mereka dekat Taman Gemilang, di sini.

"Saya terperanjat apabila melihat Umi kerana sukar nak melihat kucing berkeliaran di kawasan perumahan kami dan syak ia dibuang seseorang mungkin kerana saya pernah beri alamat rumah di laman sosial.

"Saya tak tahu Umi buta dan hanya sedar selepas memanggilnya kemudian nampak ia melihat ke arah berlainan.

"Ikut hati mahu saja saya letakkan Umi dalam sangkar bersama kucing peliharaan lain namun takut berlaku jangkitan dan saya pula tiada sangkar lebih.

"Jadi, saya biar Umi di luar dulu tetapi berinya makan dan minum supaya tidak kelaparan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dua hari selepas itu, Mohamad Habil menerima maklumat daripada jiran yang mereka ternampak seekor kucing di kawasan perumahan dalam keadaan berlumuran darah.


MOHAMAD Habil berusaha mengumpul dana pembedahan Umi. FOTO ihsan Mohamad Habil Jaffri

"Ibu pergi tengok dan nampak kucing itu rupanya Umi. Umi ditemui dengan badannya berlumuran darah dipercayai kerana dilanggar malah tak dapat berjalan seperti sebelum ini.

"Jujurnya saya tak tahu nak buat apa kerana saya bukan orang senang jadi terfikir bagaimana jika mengambilnya memandangkan Umi sudah tentu perlu dihantar ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.

"Jadi saya minta pandangan rakan dan pengikut di laman sosial. Ada yang suruh buang tetapi segelintir lagi pencinta kucing cadangkan pelihara dulu dan bawa Umi ke klinik veterinar," katanya.

Mengenangkan keadaan Umi yang kritikal, Mohamad Habil tiada pilihan kecuali memohon sumbangan orang ramai menerusi laman sosial.

"Sebenarnya, saya malu sangat kerana bukan jenis yang suka meminta-minta dan tak pernah mohon sumbangan sesiapa sebelum ini.

"Bagaimanapun, keadaan memaksa kerana saya bukan orang senang, hanya seorang pemandu e-hailing dan pendapatan pun tidak menentu serta perlu menyara ibu menghidap diabetes yang tinggal bersama.

"Syukur Alhamdulillah, ada juga yang menyumbang cuma Umi memerlukan dua lagi pembedahan membabitkan kaki kiri, paha dan betisnya," katanya.

Mohamad Habil berkata, satu lagi prosedur perlu dijalankan Umi adalah membersihkan kornea matanya yang dipercayai buta akibat perbuatan khianat manusia tidak berhati perut dan juga rawatan susulan selepas pembedahan seperti X-ray, buka jahitan serta proses pemandulan.

"Anggaran kos diperlukan sebelum, semasa dan selepas ketiga-tiga pembedahan adalah RM7,000.

"Kesemua rawatan itu bertujuan memastikan Umi sihat seperti kucing lain di luar sana," katanya yang akan terus berusaha mencari dana menampung kos pembedahan bagi menyelamatkan nyawa Umi.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141402999 atau MAE Maybank di nombor 007330014472 atas nama Mohamad Habil Jaffri.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... dan-parah-dilanggar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.037404 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list