CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

Ini Adalah Barang Yang Sering Dibawa Rani Mukerji Untuk Hilangkan Kesan Habit Buruknya…

[Copy link]
Post time 27-4-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Ini Adalah Barang Yang Sering Dibawa Rani Mukerji Untuk Hilangkan Kesan Habit Buruknya…



Rani Mukerji merupakan seorang pelakon Bollywood wanita yang terkenal kerana filem-filem lakonanya yang hits serta ditayangkan diseluruh dunia. Menjadi heroin di setiap filem menjadikan nama Rani Mukerji berkembang besar dan semakin dikenali.

Berkongsi Cerita Mengenai Habit Merokok


Seperti yang diketahui ramai, bahawa aktor Bollywood Shah Rukh Khan, adalah seorang perokok yang tegar dan dia juga memberitahu kepada umum mengenai ketagihan merokoknya yang melampau itu. Sama juga seperti Rani Mukerji, di mana beliau pernah berada di fasa ketagihan merokok yang melampau. Tidak kira tempat atau acara yang disertai olehnya ketagihan merokok itu tidak dapat dikawal.


Di dalam satu wawancara, Rani menceritakan bahawa keluarganya sangat marah jika mendapat tahu Rani menghisap rokok. Sekiranya Rani mahu menghisap rokok dan dilihat oleh ibunya maka rokok tersebut akan dirampas oleh ibunya itu.



Mesti Bawa Minyak Wangi Ke Mana-Mana Sahaja
Namun, ketagihan merokoknya itu membuatkan baju serta badannya berbau rokok dan itu menyebabkan orang sekeliling tidak selesa dengannya. Jadi Rani sering membawa minyak wangi dan gula-gula berperisa pudina untuk menghilangkan bau rokok pada badan dan mulutnya jika pergi ke acara ataupun bertemu dengan peminat.



Katanya lagi, ketagihannya dulu tidak dapat dibendung akan tetapi selepas mempunyai anak dia mula mengawalkan habit buruknya itu, namun dia tidak menyebutkan sama ada dia masih lagi merokok ataupun sudah berhenti. Jika diingatkan kembali, pasti Rani akan ketawa kerana dahulu dia terlalu degil ingin merokok sehingga dimarahi oleh keluarganya.

Apa-apa pun, jika anda bukan seorang perokok maka jangan pernah mencubanya, kerana akan menjadi ketagih dan susah untuk berhenti. Rokok juga sangat bahaya, dan akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada paru paru anda. Jauhi rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Sumber:https://murai.my/2023/177992/ini ... san-habit-buruknya/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046956 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list