View: 127|Reply: 0
|
Sterling akui Chelsea perlu masa untuk bangkit
[Copy link]
|
|
RAHEEM Sterling. FOTO AFP
London: Raheem Sterling mengakui Chelsea memerlukan masa untuk kembali menguasai bola sepak Inggeris.
Pemain sayap yang menghabiskan tujuh tahun di Manchester City sebelum perpindahan £47.5 juta (RM266.29 juta) pada musim panas lalu berkata, pasukan yang disertainya pada 2015 tidak seperti juara hari ini.
Dia mengharungi musim pertama yang mengecewakan di Stamford Bridge dengan kelab itu kini berharap untuk menjadikan Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih kelima mereka dalam tempoh kurang setahun.
Sterling, 28, berkata: "Konsistensi dan struktur berjalan seiring dan City memilikinya dengan konsisten.
"Beberapa tahun pertama saya di City tidak seperti itu. Kami berada di merata tempat. Ketika itu mereka bukan yang terbaik tapi berusaha menjadi yang terbaik.
"Kami mempunyai satu pengurusan dan satu lagi akan masuk. Tetapi terdapat struktur dan masa untuk melaksanakan caranya, mendapatkan pemain yang betul dengan orang lain akan turut membeli.
"Bukan kebetulan mereka melakukannya dengan baik kerana mereka memang lebih baik daripada orang lain," kata Sterling
City adalah pilihan untuk memenangi kejuaraan kelima mereka dalam tempoh enam tahun di bawah Guardiola.
Pengendali ketika ini Frank Lampard adalah pengurus keempat Chelsea musim ini apabila pemilik baru mendapatkannya untuk projek jangka panjang mereka.
Kekalahan 0-2 Rabu lalu di Brentford adalah kekalahan kelima berturut-turut Lampard sejak kembali awal bulan ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -masa-untuk-bangkit |
|
|
|
|
|
|
| |
|