View: 116|Reply: 0
|
Jadikan Fernandes sebagai inspirasi - Ten Hag
[Copy link]
|
|
Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (dua dari kiri) mengawal bola dari pemain Tottenham Hotspur. - Foto AFP
LONDON: Erik ten Hag memuji pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes yang mempamerkan semangat juang tinggi ketika terikat 2-2 dengan Tottenham Hotspur semalam meskipun mengalami kecedereaan pada aksi separuh akhir Piala FA, minggu lalu.
Pemain kebangsaan Portugal itu terpaksa digantikan ketika masa tambahan di Wembley Ahad lalu selepas mengalami kecederaan buku lali di babak pertama perlawanan menentang Brighton di Piala FA.
Namun Fernandes kembali dalam barisan utama ke utara London hanya selepas empat hari kemudian dan bermain keseluruhan perlawanan.
Malah Fernandes membantu jaringan ke-29 Marcus Rashford musim ini dengan hantaran jauh dilakukannya.
Reaksi pengendali Manchester United, Erik ten Hag ketika pasukannya menentang Tottenham Hotspur, semalam. - Foto REUTERS
Menjelang pertembungan dengan Aston Villa di Old Trafford esok, Ten Hag pantas memuji pemainnya itu yang menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi baik dalam perlawanan dan juga kepada rakan sepasukannya.
"Dia seorang yang kuat dan (saya mahu memberikan) pujian kepada Bruno," kata Ten Hag. "Dia nyata tidak mahu terlepad daripada perlawanan ini dan dia melakukan segala-galanya untuk kembali cergas.
"Saya fikir dia wajar dijadikan contoh: kamu menderita; kamu harus berkorban apabila mahu bermain di tahap teratas; apabila kamu mahu mencapai sesuatu."
Pengendali itu menyifatkan keinginan Fernandes menjadikan pemain itu berbeza daripada lain selain percaya ia boleh menjadi inspirasi kepada rakan sepasukannya.
"Sekali lagi, dia membuktikan betapa hebatnya dia sebagai kapten, bagaimana dia menggalas tanggungjawab meskipun tidak seratus peratus cergas. Apapun, dia sudah melakukan tugasnya.
"Dia juga penting dalam perlawanan ini dan saya berharap pemain lain dalam pasukan boleh mengikutinya dan dijadikan sumber inspirasi."
Fernandes hanya terlepas tiga daripada 54 perlawanan United pada musim ini iaitu ketika berkunjung ke laman Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Charlton Athletic (Piala Carabao) dan Sevilla (Liga Europa) - semuanya kerana digantung perlawanan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-inspirasi-ten-hag |
|
|
|
|
|
|
| |
|