CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Melaka] Lanjut cuti sekolah: Melaka serah pada KPM

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Arieyan Al Fatah, 10, membasahkan muka dan kepalanya akibat cuaca panas ketika bermain di padang permainan di Batu Kawan. FOTO Danial Saad.

Ayer Keroh: Kerajaan negeri menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melanjutkan cuti persekolahan susulan cuaca panas melampau yang melanda negara ini.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata cadangan terbabit dianggap sebagai usaha untuk mencegah perkara tidak diingini kepada atas murid, khususnya ketika waktu persekolahan.

Namun, katanya, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Kementerian Pendidikan sama ada mahu melaksanakan cadangan itu atau sebaliknya.

"Buat masa ini kita masih menunggu arahan lanjut daripada KPM dan kita akan mengikut apa saja yang disyorkan oleh pihak kementerian," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran kerajaan negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah sempena Aidilfitri berikutan cuaca panas melampau yang melanda negara ini.

Semalam, Ahmad Zahid, dilaporkan berkata Jemaah Menteri akan berbincang keperluan untuk melanjutkan cuti persekolahan.

Selain cadangan itu, katanya, kerajaan juga sudah mengkoordinasikan kerjasama dengan kerajaan negeri dan kementerian berkaitan bagi membantu rakyat menghadapi fenomena ini.

Sementara itu, Rahmad berkata, kerajaan negeri turut menetapkan semua aktiviti luar bilik darjah semasa dalam tempoh fenomena itu ditangguhkan sehingga keadaan pulih.

Katanya, ketetapan itu membabitkan kawasan yang mempunyai suhu Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

"Bagi kawasan yang mempunyai IPU kurang daripada 100, ia terserah kepada pihak sekolah (untuk mengadakan aktiviti luar bilik darjah), namun saya mengesyorkan supaya aktiviti berkenaan dibuat pada sebelah pagi sahaja.

"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua murid supaya mengambil air minuman yang lebih banyak daripada biasa untuk mengelakkan berlakunya strok haba," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laka-serah-pada-kpm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list