CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Selangor] Diesel cemar Sungai Batu

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA LUAS menemukan sebuah 'genset' dan memeriksa keadaan sungai yang berlaku insiden pencemaran bau dan kesan minyak diesel. FOTO ihsan FB

Hulu Selangor: Buang diesel ke Sungai Batu berhampiran Jalan Ulu Yam Bharu, Hutan Lipur Sungai Tua, di sini, hingga menyebabkan pencemaran air bersih.

Insiden pencemaran bau dan kesan diesel itu disedari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang segera melakukan siasatan di lokasi pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian, berkata LUAS menerima maklumat daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan orang awam berhubung kejadian

sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari kelmarin.

"Pencemaran itu dikhuatiri memasuki Empangan Batu dan berpotensi menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Batu.

"Bagaimanapun, siasatan segera LUAS ke LRA Sungai Batu mendapati tiada kesan bau dan minyak.

"Operasi LRA berjalan seperti biasa dengan siap siaga Air Selangor sekiranya insiden pencemaran memberikan impak," katanya semalam.

Loy Sian berkata, siasatan lanjut LUAS di kawasan hulu sungai mengesan potensi pencemaran berpunca tapak pembinaan berhampiran kawasan inap desa.

"LUAS menemukan alat jana kuasa elektrik mudah alih yang baru diletakkan berhampiran sungai. Terdapat kesan tumpahan minyak di kawasan sekitarnya.

"Sehubungan itu, LUAS mengarahkan pemilik tapak itu melaksanakan tindakan mitigasi dan kawalan dengan meletakkan takungan di bawah alat jana kuasa elektrik itu dan mengalihkannya dari kawasan sungai berhampiran," katanya.

Beliau berkata, LUAS kemudian mengeluarkan Arahan Perintah Perlindungan Air mengikut Seksyen 122 Enakmen LUAS 1999 kepada pemilik tapak pembinaan.

"Tiada gangguan kepada operasi LRA dilaporkan.

"Kerajaan Selangor melalui LUAS komited dalam memastikan sumber air di negeri ini dan menyeru semua pihak prihatin terhadap kawasan sensitif sumber air negeri terutamanya sungai.

"Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran supaya insiden sama tidak berulang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-cemar-sungai-batu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051343 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list