CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penduduk riadah 'cara' cuaca panas

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

TINJAUAN orang ramai menggunakan payung dan memakai topi ketika berada diluar sekitar Bukit Bintang. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Cuaca panas yang melanda negara ketika ini tidak menghalang orang ramai untuk keluar beriadah terutama penduduk di ibu negara.

Tinjauan Harian Metro di kawasan Bukit Bintang mendapati, kawasan Segi Tiga Emas itu masih dipenuhi ramai dengan ada antaranya yang tampil dengan 'tips' tersendiri bagi mengelak kepanasan.

Bagi jurutera, Sylvian Shooi, 34, antara yang dilakukan apabila berada di bawah terik matahari adalah dengan memperbanyakkan minum air kosong.

"Untuk kekal hidrasi, saya memperbanyakkan minum air kosong. Tapi saya minum ikut sikit-sikit.

"Kalau saya minum terus satu botol, saya akan berpeluh," katanya ketika ditemui, hari ini.

Selain itu katanya, dia juga memakai pakaian yang selesa dan bersesuaian mengikut cuaca panas pada masa ini.

"Pakaian yang sesuai juga memainkan peranan. Jadi setiap hari saya memakai pakaian yang menyerap peluh," katanya.

Jurujual, Fadzly Firnando, 26, pula berkata, dia akan pastikan meminum dua botol air kosong setiap hari.

"Saya minum air pun lebih daripada kebiasaan. Selalunya sebotol pun jarang boleh habis, tetapi disebabkan sekarang terlampau panas, sehari saya akan minum dua botol.

"Selain itu, dulu kalau kita berjalan tak sampai lima minit ok tapi sekarang sikit-sikit, kita cari tempat berteduh kerana cuaca panas," katanya yang berasal dari Ampang.

Katanya, sekiranya tidak bekerja, dia lebih suka berada di dalam rumah berbanding keluar bersiar-siar.

"Waktu tak bekerja, saya duduk di rumah sahaja dan kurangkan berjalan. Tak macam sebelum ini.

"Kalau sebelum ini kita boleh berjalan juga sana sini. Tapi masa ini dia punya panas lain macam. Kita boleh pitam kalau terlampau lama sangat berjalan dengan keadaan cuaca panas ini," katanya.

Dalam pada itu. Pakar meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, pada masa ini, negara berada dalam musim antara monsun.

"Angin di Laut China Selatan masih ketimuran tetapi dengan kelajuan 5 kilometer (km)/jam saja berbanding semasa musim timur laut angin ketimuran lebih dari 10 km/jam.

"Oleh kerana pengaruh angin lokal bayu laut-bayu darat akan menghasilkan awan atau hujan di pesisir pantai waktu pagi dan awan atau hujan di pedalaman semasa petang hari dikaitkan dengan bayu laut khasnya di pantai barat," katanya.

Katanya, bagi mengelakkan strok haba, orang ramai disarankan memakai topi atau payung apabila berada di luar dan terdedah dengan cuaca panas terik.

"Atau kalau tidak, duduk di kawasan redup dan berkipas. Untuk mengelakkan dehidrasi, minum air sejuk banyak, khasnya ketika berada di luar," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-cara-cuaca-panas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list