CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Kita tutup restoran waktu solat Jumaat, nak minum selepas pukul 2' - Jawahar Ali

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

PAPAN tanda pemberitahuan penutupan operasi Restoran Ali Maju ketika waktu solat Jumaat. FOTO Ihsan pembaca.

Kuala Lumpur: Penutupan restoran pada waktu solat Jumaat tidak sepatutnya dipertikaikan mana-mana pihak walaupun atas apa saja alasan, kata Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Pengasas Restoran Ali Maju Sdn Bhd itu berkata demikian susulan tular video memaparkan seorang lelaki tempatan tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan membeli air di salah sebuah cawangannya di Putrajaya, semalam.

"Kita memang tak benarkan sebarang urus niaga sewaktu masuk waktu solat Jumaat, hukumnya haram.

"Kita juga sudah tampal tujuh notis menyatakan kedai tidak akan operasi setiap Jumaat bermula jam 1 petang hingga 2 petang bagi memberi laluan pekerja Islam menunaikan solat Jumaat.

"Mungkin dia tak nampak, jadi lepas ini saya akan letak papan tanda lebih besar lagi biar semua orang nampak," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular dua klip video di TikTok memaparkan seorang lelaki mempersoalkan polisi penutupan restoran itu pada waktu solat Jumaat dan mendakwa ramai pelanggan menunggu untuk membeli makanan.

Susulan itu, lelaki berkenaan memuat naik satu lagi video menjelaskan bahawa dia tidak berpuas hati kerana hanya ingin membeli air di restoran itu untuk memakan ubat namun pekerja di premis enggan berurusan.

Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini dan akan berbincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya.

"Untuk makluman kami sudah menampal notis di sekeliling premis memaklumkan urusniaga dihentikan jadi pelanggan sepatutnya sudah sedia maklum. Ia sudah jadi amalan sebelum ini dan bukannya satu isu.

"Individu terbabit dinasihatkan supaya lebih berhati-hati demi menjaga sensitiviti komuniti Islam di Malaysia.

"Saya percaya lelaki berkenaan sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk dengan sengaja tidak menjaga sensitiviti agama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pukul-2-jawahar-ali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046051 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list