CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Bekas Presiden Al-Nassr akui kesal

[Copy link]
Post time 30-4-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO terlibat dalam pelbagai kontroversi selepas menyertai Al-Nassr menyebabkan pencapaiannya seakan tenggelam. – AFP



RIYADH – Kehadiran Cristiano Ronaldo di Arab Saudi menyertai Al-Nassr sejak Januari lalu, tidak pernah lekang dengan kontroversi dan sentiasa menjadi topik perbualan para peminat di seluruh dunia.

Terbaharu, media Sepanyol, El Desmarque, melaporkan bekas Pre­siden Al-Nassr, Musalli Al-Muam­mar meluahkan kekecewaannya terhadap prestasi dan sikap Ronaldo berdasarkan temu bualnya dengan media Arab Saudi, ArabiaNews50.

Al-Muammar merasakan beliau rasa tertipu dengan tahap persembahan ditunjukkan pemenang lima Ballon d’Or yang penuh dengan pengalaman hebat itu, sepanjang bersama Al-Nassr setakat ini.

“Saya pernah kena scam (ditipu) dua kali dalam hidup ini. Pertamanya sewaktu saya memesan tiga kebab, tetapi hanya me­nerima dua sahaja dan keduanya adalah menandantangani Cristiano Ronaldo,” katanya.

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila Al-Nassr pantas menafikan perkara tersebut dan mendawa pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan kenyataan presidennya itu.

“Laporan akhbar Sepanyol yang mendakwa kami (Al-Nassr) menipu urusan perpindahan Ronaldo adalah salah dan tidak benar. Mereka menganggap ke­nyataan lawaknya (Al-Muammar) seolah-olah benar,” kata Penasihat Akhbar Al-Nassr, Walid Al-Muhaidib.

Biarpun sering menjadi bahan kecaman, tetapi ia tetap tidak menjejaskan prestasi Ronaldo yang sehingga kini sudah berjaya menjaringkan 12 gol daripada 15 aksi dalam semua kejohanan bersama Al-Nassr.

Ia termasuk satu jaringannya ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al Raed 4-0 dalam aksi Liga Pro Arab Saudi di Stadium KSU awal pagi semalam. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... l-nassr-akui-kesal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list