CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Selangor] Detik 2.26 petang tidak dapat dilupakan

[Copy link]
Post time 30-4-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode

HIZANAWATI mencium baju milik Allahyarham Muhammad Damin. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin.

Kuala Selangor: Di saat keluarga lain girang meraikan Aidilfitri, Hizanawati Abu Bakar masih belum dapat melupakan anak lelakinya, Muhammad Damin Mikhail Kamsol yang meninggal dunia, 28 Ogos tahun lalu.

Allahyarham, 16, yang juga anak kelima daripada enam beradik itu meninggal dunia dalam kebakaran tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah.

Kini, sudah sembilan bulan tragedi hitam itu berlaku dan pemandu e-hailing berusia 49 tahun berkenaan mengakui detik 2.26 petang tidak boleh dilupakan dalam hidupnya.

"Ketika detik itu saya berbalas mesej dengannya dan ia adalah yang terakhir serta diingati sampai bila-bila.

"Kehilangan arwah masih lagi dirasai. Setiap kali membelek gambar dia di telefon bimbit, saya pasti merasa sedih dan menangis.

"Sehingga hari ini saya tidak boleh keseorangan dan perlukan sokongan orang sekeliling," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Hizanawati berkata, Aidilfitri tahun ini juga suram buat dia sekeluarga selepas ketiadaan Muhammad Damin kerana jika sebelumnya mereka akan pulang beraya ke kampungnya di Bota Kanan, Perak.

Namun katanya, bagi mengubati kerinduan dia akan ke kubur Allahyarham tiga kali seminggu.

"Stigma orang bercakap (kematian arwah) masih ada sehingga hari ini. Saya letak gambar Muhammad Damin di status WhatsApp, orang kata saya belum lagi reda.

"Namun saya reda dengan ketentuan Ilahi dan berdoa supaya rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.

Pada 28 Ogos lalu, media melaporkan niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar membawa padah apabila tindakan itu meragut nyawa rakan mereka.

Muhammad Damin ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan pihak bomba.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dak-dapat-dilupakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list