View: 355|Reply: 1
|
Kerajaan utamakan peningkatan upah pekerja swasta, awam
[Copy link]
|
|
Anwar meraikan sambutan Hari Pekerja 2023 bertema "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani" di Putrajaya pagi tadi.
Kerajaan utamakan peningkatan upah pekerja swasta, awam
PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan akan mengutamakan upah pekerja di negara ini termasuk swasta dan penjawat awam supaya dapat ditingkatkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah penjimatan yang diambil kerajaan serta usaha memerangi rasuah akan membolehkan hasil negara bertambah, sekali gus rakyat mendapat manfaat daripadanya.
“Saya juga maklumkan bahawa setiap pekerja yang memberi sumbangan kepada organisasi mereka harus diberi pengiktirafan tidak mengira jawatan dan pangkat.
“Sumbangan dan keringat golongan pekerja mesti diambil kira dan diberi upah yang setimpal dan munasabah mengambilkira tuntutan pasaran dan aspek keadilan sosial.
“Tugas kerajaan hari ini adalah memastikan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi itu mampan dan membela semua terutama golongan pekerja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Pekerja 2023 hari ini. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... ekerja-swasta-awam/
|
|
|
|
|
|
|
|
ini adalah berita gembira untuk semua masyarakat Malaysia, Malaysia berjaya, Kerajaan Berjaya
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|