View: 752|Reply: 10
|
Penipu! Anak Beranak Guna Pangkat Palsu – MDDM
[Copy link]
|
|
Ratusan aduan diterima berkaitan penggunaan pangkat palsu seperti Tan Sri, Datuk Sri dan Datuk sejak Mei 2021.
Malah, Setiausaha Agung Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM), Datuk Samson David Maman baerkata, ada dakwaan penggunaan pangkat palsu ini memetik nama istana dan bersikap ‘kebal’ kerana menggunakan anugerah itu secara terbuka.
Kata David Maman, pihaknya juga terkejut dan kecewa kerana rata-rata aduan ketika disemak didapati sememangnya menggunakan pangkat palsu serta bebas melakukan perbuatan melanggar undang-undang sesuka hati.
Setiausaha Agung Majlis Datuk Dato Malaysia (MDMM), Datuk Samson David Maman, pihaknya sudah mendapat ratusan aduan berkaitan penggunaan pangkat palsu ini sejak Mei 2021 lagi.
“Kita ada ratusan aduan tapi jika hendak buat satu-satu sememangnya ambil masa. Hari ini kita akan membuat satu laporan polis terhadap sembilan individu yang menggunakan pangkat palsu termasuklah penggunaan Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan sebagainya.
“Anda bayangkan, ada satu keluarga anak beranak semuanya menggunakan pangkat palsu. Kita juga akan membuat aduan terhadap seorang individu yang menyalahgunakan pangkat Tan Sri. Kita mahu siasatan di jalankan dan tindakan segera di ambil.
“Jangan biarkan golongan seperti ini ‘berkeliaran’ menggunakan pangkat palsu yang amat kita hormati.
“Pemberian pangkat ini mempunyai kehormatan tertinggi yang boleh kita banggakan, seandainya ada pihak yang cuba menjual pangkat seperti ini, kita perlu bertindak dan jangan sesekali tertipu,” katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Puchong Jaya di sini.
Kata David Maman lagi, rata-rata golongan yang melakukan perbuatan menipu pangkat palsu ini adalah juga individu berpengaruh atau mempunyai nama tidak kira industri termasuklah pemimpin politik, NGO, ahli korporat, artis dan banyak lagi.
“Ada juga yang kita lihat keluar masuk televisyen, surat khabar dan media sosial bercakap tentang pelbagai isu termasuklah berkaitan moral diri, motivasi dan sebagainya. Mereka guna pangkat palsu tapi beri nasihat kepada orang awam, apa ini?
“Bila kita buat semakan kita dapati individu ini pakai gelaran palsu, atas kapasiti apa keluar tv dengan jawatan besar-besar? Kami juga pelik,” ujarnya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Bullshit & pigshit je gelaran2 ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
Hattan punya datukship tu sapa yg bagi ke beli? |
|
|
|
|
|
|
|
Antaranya si janggut rebonding tu kan
Yang suka pakai sedondon dengan isteri nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon cerekarama, penyanyi rock, jutawan kosmetik semua pun Dato’… apadahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
katanya nogori, tak sure jugak
tp yg suka bebeno kasik lato2 kat retis tersangkak smer ni haruslah negeri baukshit , masa apak nya masih hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai datuk..baling Batu kena datuk,tan Sri ,Dr |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pangkat2 ni mmg boleh dikategorikan beli, terpecah 2 kategori
1) pembelian legal datokship with legit sultan yg memerintah. Recruiter akan cari calon yg sesuai, siapa ok dgn harga "donation" and make payment dpt la datokship dan diiktiraf walaupon tak dtg istiadat
2) pembelian dari scammer (x legit) dan tak diiktiraf. Aku rasa artikel ni ckp pasal yg no 2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada title bolehla tampal badge dekat plat bmw/vellfire/alphard gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sikitpun tak rasa gah dgn org2 yg bergelaran ni... tambah2 yg jenis bersikap tak malu tak bermoral dan beradap tinggi ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|