CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Melaka] Elak anjing, kereta dinaiki tiga rakan masuk gaung

[Copy link]
Post time 2-5-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Proton Iriz yang remuk selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga kaki dalam kejadian di Jalan Lendu, Masjid Tanah, malam tadi. FOTO Ihsan Polis

Alor Gajah: Tiga pemuda berdepan depan detik cemas apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Lendu, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira 8.30 malam itu mengakibatkan mereka cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian kereta Proton Iriz dinaiki tiga mangsa berusia antara 21 hingga 25 tahun itu dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah menghala ke Alor Gajah.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berusia 25 tahun dikatakan hilang kawalan apabila cuba mengelak anjing ketika melalui lokasi kejadian.

"Akibatnya, kereta terbabit terbabas ke bahu kanan jalan dan melanggar pokok lalu terjunam dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter," katanya.

Menurutnya, pemandu dan penumpang yang cedera ringan dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi menerima rawatan.

"Pemandu dan penumpang berusia 23 tahun dirawat di Zon Hijau manakala seorang lagi penumpang berusia 21 tahun menerima rawatan di Zon Kuning susulan kecederaan di bahagian pinggang dialaminya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-rakan-masuk-gaung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.377917 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list