View: 167|Reply: 0
|
[Johor]
Polis belum dapat petunjuk suspek curi batu nisan
[Copy link]
|
|
Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, menunjukkan antara nisan yang dicuri di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, Johor Bahru. - foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis memburu suspek berhubung kes kehilangan 11 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, Pandan di sini yang didakwa dicuri.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata setiap hari pihaknya melakukan pemeriksaan dan tangkapan penagih dadah yang berkeliaran di bandar raya dan kawasan terbabit, namun tiada petunjuk positif.
"Polis juga sudah membuat pemeriksaan terhadap Pengusaha Batu Nisan di kawasan berhampiran. Usaha mengesan suspek giat dijalankan," katanya dihubungi hari ini.
Kelmarin, Penjaga Kubur kawasan terbabit, lelaki berusia 62 tahun melaporkan kecurian batu nisan di Balai Polis Majidee.
Sabtu lalu, media melaporkan kehilangan 11 batu nisan di pusara yang dipercayai berlaku sejak seminggu sebelum Aidilfitri.
Penggali kubur, Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, percaya kecurian batu nisan itu dilakukan penagih dadah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jamaludin A Hamid telah mengadakan lawatan dan tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, Pandan kelmarin.
Katanya, JAINJ mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kes kecurian ini daripada terus berlaku.
"Pihak Pengurusan tanah perkuburan itu akan menguatkuasakan SOP seperti waktu ziarah bermula jam 7 pagi hingga 6 petang. Selepas waktu tersebut, jika ada sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh rujuk pihak pengurusan tanah perkuburan.
"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya pihak pengurusan tanah perkuburan menutup semua pintu sedia ada dan hanya menggunakan pintu utama sahaja untuk urusan ziarah dan urusan pengebumian.
"Pihak pengurusan tanah akan menambah kakitangan atau sukarelawan bagi meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan tanah perkuburan.
"Kawasan tanah perkuburan akan dinaik taraf dan diselenggara dari segi keceriaan, kebersihan dan pencahayaan lampu serta bangunan stor pengurusan tanah perkuburan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... pek-curi-batu-nisan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|