CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Selangor] Curi cip elektronik RM1.5 juta, dua pekerja antara enam ditahan

[Copy link]
Post time 2-5-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Shah Alam: Enam lelaki ditahan kerana dipercayai mencuri lapan kotak cip elektronik bernilai RM1.5 juta di gudang sebuah syarikat logistik di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan mendapati dua dari enam suspek lelaki yang berusia 21 hingga 38 tahun itu adalah pekerja syarikat berkenaan.

"Polis menerima aduan dari pengurus syarikat yang memaklumkan premisnya dipecah masuk dan syarikat itu kehilangan lapan dari 42 kotak cip elektronik kira-kira jam 4.30 pagi, 21 April lalu.

"Siasatan awal mendapati sebanyak 42 kotak berisi cip untuk membuat televisyen dan telefon itu dijadualkan untuk dieksport ke Taiwan.

"Bagaimanapun, rakaman CCTV mengesan dua pekerja membawa keluar lapan kotak daripada gudang itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan dan menahan enam suspek di kawasan KLIA, Sungai Pelek dan Nilai, dekat sini.

"Empat daripada suspek termasuk dua pekerja syarikat itu mengaku melakukan jenayah terbabit.

"Kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hussein berkata, pasukannya berjaya memberkas 13 penyamun bertopeng dan bersenjata parang termasuk warga emas berusia lingkungan 30 hingga 68 tahun, baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kegiatan suspek dipercayai aktif lebih lima bulan lalu di empat negeri itu ditahan di Selangor, Melaka, Kedah dan Johor pada 25 April hingga semalam.

"Kesemua suspek lelaki itu mensasarkan kediaman tidak berpenghuni itu sama ada siang atau malam selain melarikan kenderaan mangsa untuk dijual di pasaran gelap.

"Penahanan 13 suspek susulan aduan seorang mangsa selepas keretanya dilarikan dan rumah dipecah masuk penjenayah di sekitar Kajang pada 23 April lalu.

"Polis turut merampas 18 telefon bimbit, komputer riba, beg galas dan beberapa kenderaan termasuk milik mangsa seperti Toyota Harrier dan Hilux," katanya.

Beliau berkata, dengan penahanan itu polis berjaya menyelesaikan enam kes samun di Kajang dan suspek masih direman sehingga 4 Mei ini yang mana kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antara-enam-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.101840 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list