CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Perak] Pesawah kecewa, 6 tahun tali air konkrit tak siap

[Copy link]
Post time 3-5-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Tajuddin (dua dari kanan) bersama wakil beberapa jabatan berkaitan mengadakan lawatan di tapak pembinaan tali air konkrit yang terbengkalai di Sungai Manik, Pasir Salak baru-baru ini.

PASIR SALAK – Pesawah-pesawah padi di Sungai Manik di sini kecewa apabila pembinaan tali air konkrit di kawasan tanaman itu gagal disiapkan walaupun projek tersebut dimulakan sejak enam tahun lalu.

Kegagalan pihak berkaitan menyiapkan projek itu menyebabkan saliran air berhampiran tapak tanaman itu mengalir masuk ke dalam sawah.

Seorang wakil petani, Masrut Sunkir, 64, berkata, air yang mencurah masuk ke petak sawah telah memusnahkan tanaman, sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka.

“Orang ramai dapat lihat sendiri saliran air di sekitar kawasan sawah ini. Sepatutnya projek pembinaan tali air kon­krit ini sudah siap, tetapi sampai hari ini tak selesai lagi.

“Saya berharap sangat tali air konkrit itu dapat disiapkan segera kerana ramai petani yang mengharapkan rezeki daripada sawah padi,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tali air konkrit tersebut apabila siap sepenuh­nya kelak dapat membantu mengawal air pasang dari memasuki kawasan sawah terlibat.

“Ia juga bertujuan mengatasi masalah banjir di kawasan ini. Sebab itulah kami penduduk mahu pihak berwajib melakukan sesuatu agar projek itu dapat disiapkan segera,” ujarnya.

Masrut berkata, antara tapak sawah padi yang ditinggalkan kontraktor termasuklah di Parit 2, Parit 12, Parit 15, Parit 17 dan Parit 19.

“Difahamkan pihak berwajib akan membuka tender bagi mencari kontraktor baharu bagi projek tersebut. DIharapkan ia tidak memakan masa terlalu lama kerana petani mahu pembinaan tali air konkrit ini diteruskan pada kadar segera,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, projek tali air di kawasan Sungai Manik tersebut penting bagi petani di sana kerana ia membantu dalam meningkatkan produktiviti mereka.

“Ia memastikan semua tanaman mereka mendapat air secukupnya, seterusnya meningkatkan produktiviti di sawah masing-masing,” katanya selepas turun padang melihat kawasan projek yang gagal disiapkan kontraktor tersebut.

Turut meninjau tapak projek terbengkalai itu ialah wakil Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian serta Pertubuhan Peladang Kawasan.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... konkrit-belum-siap/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.874411 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list