CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Emosi terganggu setiap kali tengok cermin'

[Copy link]
Post time 3-5-2023 02:58 PM | Show all posts |Read mode

DANNY ketika dalam proses pemulihan hidungnya.


Kuala Lumpur: "Setiap kali tengok cermin, emosi saya terganggu hingga pernah berasa tak nak hidup lagi," luah pemilik salun kecantikan dikenali Danny.

Danny, 36, yang juga bapa tunggal kini hidup tertekan selepas melalui episod duka kesan prosedur pembedahan di sebuah klinik, di sini yang didakwa menyebabkan hidungnya mengalami kecacatan.

Biarpun bentuk hidungnya sudah kembali asal selepas berhabis RM30,000 melakukan pembedahan yang lain di sebuah hospital di Thailand, Danny akui ada masanya dia hilang keyakinan untuk tampil di khalayak ramai.

"Bayangkan, saya pemilik salun kecantikan dan boleh dikatakan setiap hari berdepan dengan pelanggan.

"Jadi, memang ada segelintir pelanggan bertanya apa yang berlaku kepada hidung saya terutama selepas pembedahan dulu.

"Walaupun mereka tak menghina atau memperkecilkan saya namun pertanyaan itu membuatkan saya tersentak dan malu dengan kekurangan diri," katanya ketika ditemui Harian Metro di Majlis Perubatan Malaysia (MMC), di sini, baru-baru ini.

Menurut Danny, dia kini dalam usaha untuk menuntut keadilan menerusi saluran undang-undang.

Danny berharap keadilan berpihak kepadanya walaupun sukar untuknya melupakan apa yang berlaku terhadapnya sampai bila-bila.

"Saya tak kuat tapi jadi bersemangat untuk menuntut keadilan kerana dapat sokongan daripada orang sekeliling terutama teman rapat dan keluarga.

"Lagipun, saya di pihak yang benar jadi tiada apa nak dirisaukan.

"Diharap keputusan nanti berpihak kepada saya dan apa yang berlaku saya jadikan pengajaran malah ada berkongsi pengalaman dengan pengguna di TikTok miliknya @therealdannyqaseh mengenai kesan dan bahaya pembedahan kosmetik jika dilakukan dengan individu bukan pakar berkelayakan dalam bidang berkenaan.

"Saya kongsikan kerana ada pengikut bertanya dan enggan orang lain jadi mangsa serta terima nasib sama seperti saya," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Danny yang yang obses dengan kecantikan hingga sudah melakukan lebih 10 kali pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya membabitkan anggaran kos hampir RM300,000.

Bagaimanapun, salah satu prosedur dijalankan dua tahun lalu mengakibatkan kecacatan pada hidung dan bertitik tolak daripada situ, timbul keinsafan dalam dirinya untuk berhenti mengubah bentuk wajah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kali-tengok-cermin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.678591 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list