CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Selangor] Jurujual kereta maut jatuh dari tingkat 15 servis apartmen

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode

POLIS mengangkat mayat jurujual kereta yang dipercayai jatuh dari tingkat 15 di sebuah servis apartmen. FOTO Ihsan Bomba

Shah Alam: Seorang jurujual kereta maut dipercayai jatuh bangunan di sebuah pangsapuri di Jalan Budiman, Seksyen 22 di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 6.49 petang tadi.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 7.08 malam, bomba dimaklumkan seorang lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat 15 rumah jenis servis apartmen 21 tingkat.

"Mangsa yang berusia 46 tahun itu parah dan terkandas di lantai rumah di tingkat enam servis apartmen berkenaan dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit.

"Siasatan mendapati, mayat mangsa ditemukan seorang wanita dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak di tingkat enam, tiada saksi lain yang melihat kejadian berkenaan.

"Pemeriksaan sekitar mayat mangsa, polis menjumpai satu beg kecil berwarna biru mengandungi kad pengenalan mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

"Menurut adik perempuan mangsa, si mati dipercayai terjun dari tingkat 15 apartmen berkenaan kerana mengalami masalah judi dan ketagihan alkohol.

"Mangsa dijadualkan ke pusat pemulihan esok untuk rawatan berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR). Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Saipol Paizi Zainol (012-5781435)," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -15-servis-apartmen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038296 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list