CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Selangor] Seleweng diesel: Pengusaha stesen minyak bersekongkol?

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Zuhairi menunjukkan diesel bersubsidi yang dirampas.

Puchong: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menolak kemungkinan pembabitan pengusaha stesen minyak bersekongkol dengan sindiket seleweng diesel bersubsidi.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, ia susulan penemuan 63,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM135,557 ditemui dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Kampung Sri Aman, di sini hari ini.

Dalam operasi itu, pasukan serbuan turut menemui beberapa keping resit pembelian minyak diesel secara berulang daripada sebuah stesen minyak yang sama.

"Kita syak ada pembabitan pengusaha stesen minyak dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Serbuan jam 12.30 tengah hari ini kita jalankan susulan aduan awam serta hasil risikan selama kira-kira satu bulan dan dipercayai sindiket sudah beroperasi selama enam bulan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini hari ini.

Menurutnya, premis tanpa nama itu dianggarkan berkeluasan 464 meter persegi (m³) dipercayai disewa oleh sindiket bagi menyukarkan dikesan pihak berkuasa.

Mohd Zuhairi berkata, gudang tanpa nama itu lengkap dengan tempat tinggal dan sistem kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan kesemua ahli sindiket sempat melarikan diri semasa serbuan.

"Tiada tangkapan dijalankan semasa serbuan. Rampasan membabitkan dua tangki gelongsor (27,000 liter), 15 unit tangki plastik 1,000 liter dan sebuah pacuan empat roda yang telah diubah suai.

"Sindiket ini menggunakan pacuan empat roda terbabit yang dilengkapi tangki fiber (1,500 liter) dan pam khas yang diubah suai untuk membeli diesel di stesen minyak berhampiran melebihi had dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Mohd Zuhairi berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan diesel bersubsidi bernilai RM 2.5 juta daripada diseleweng sindiket sepanjang tahun ini.

Katanya, KPDN Selangor menjalankan 14 serbuan di bawah Op Tiris di seluruh negeri itu bermula Januari sehingga semalam.

"Kita sedang mempergiatkan lagi Op Tiris dan dijangka mendapatkan lebih banyak kejayaan selepas ini.

"Kita akan siasat dari pelbagai sudut dan giatkan aktiviti risikan supaya tindakan lebih cekap dapat dijalankan bagi membanteras kegiatan itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... minyak-bersekongkol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list