CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamatan di kawasan runtuhan di Wisma YPR, Kuala Lumpur. FOTO Ihsan JBPM.

Kuala Lumpur: Pengawal keselamatan maut selepas tebing setinggi enam meter runtuh dan menimbus pondok pengawal di Wisma YPR, Taman Seputeh di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.54 tengah malam dan tiba di lokasi pada 1.05 pagi.

"Maklumat daripada pemanggil berlaku tanah runtuh dan terdapat mangsa yang tertimbus.

"Runtuhan tersebut membabitkan seorang mangsa lelaki dewasa yang merupakan pengawal keselamatan, dia tertimbus di bawah runtuhan tanah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya ditemukan di kedalaman tiga meter pada 6.23 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Menurut, operasi menyelamat disertai 37 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamatan (BBP) Hang Tuah, Seputeh, dikerahkan bersama unit anjing pengesan (K9) serta Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

"Operasi pencarian turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... timbus-tanah-runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.086916 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list