CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Johor] Lif rosak, 'mendaki' ke tingkat 9 perkara biasa

[Copy link]
Post time 4-5-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Hanya dua daripada tiga lif di Blok G Seri Bakawali, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini berfungsi, biarpun ia baru diganti baharu tidak sampai setahun.

Memburukkan keadaan, satu daripada dua lif yang berfungsi sering rosak dan tergendala hampir setiap bulan, sehingga menyukarkan pergerakan lebih 1,500 penghuni di lebih 300 unit rumah di blok terbabit.

Timbalan Ketua Blok G, Hendry Gunawan Alias Amri, 39, berkata, pernah berlaku, kesemua lif tidak dapat digunakan serentak kerana rosak hampir 24 jam pada hari persekolahan.

Katanya, situasi itu amat menyukarkan penduduk terutama anak kecil, warga emas, ibu mengandung dan Orang Kurang Upaya (OKU).

"Saya tinggal di tingkat sembilan malah pernah 'mendaki' tangga dengan mendukung anak untuk pulang ke rumah kerana semua lif ketika itu rosak.

"Tiga hari lalu, hanya sebuah lif sahaja boleh digunakan. Masing-masing beratur untuk menggunakan lif, ada yang menunggu sehingga 30 minit.

"Biasanya, kediaman penduduk yang menunggu lif terletak di tingkat 10 hingga 17. Saya terpaksa gagahkan diri menggunakan tangga kerana tidak mahu membuang masa menunggu lif," katanya ditemui hari ini.

Hendry Gunawan yang juga bapa kepada lima anak, dengan empat daripadanya bersekolah, berkata lif menjadi penghubung utama buat penduduk di perumahan berkenaan.

Katanya, urusan penduduk menjadi rumit apabila lif kerap rosak biarpun baru ditukar dalam tempoh kurang setahun.

"PPR Kempas ini ada tujuh blok iaitu Blok A hingga Blok G namun hanya Blok G sahaja yang mengalami masalah lif rosak.

"Penduduk berharap ketiga-tiga lif ini boleh berfungsi dengan baik selepas ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni bin Md Shukor berkata, lif terbabit masih dalam jaminan pengurusan lif.

Kata beliau, ketika ini, dua lif berfungsi dengan baik selepas diselenggara oleh pihak berkaitan, kelmarin.

"Ada tiga lif di Blok G. Masalah kerosakan membabitkan sebuah lif akan diselesaikan pada minggu ketiga Mei ini selepas alat ganti yang ditempah sampai," katanya.


Kemudahan lif penting buat penduduk Blok G yang setinggi 17 tingkat di PPR Kempas. FOTO OMAR AHMAD
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rkara-biasa-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.112651 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list