CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Johor] Keluarga warga emas maut makan ikan buntal kecewa

[Copy link]
Post time 6-5-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode

NG bersama mendiang ibu dan bapanya yang meninggal dunia selepas makan ikan buntal. FOTO Ihsan Ng Ai Lee.

Kluang: Keluarga pasangan warga emas yang maut kerana keracunan akibat makan ikan buntal goreng, Mac lalu kesal apabila mendakwa peniaga ikan berkenaan masih bebas berniaga.

Anak pasangan itu, Ng Ai Lee, 51 , menyifatkan tidak adil buat keluarga mereka yang masih meratap kehilangan Lim Siew Guan, 83, dan bapa Eng Kuai Sin @ Ng Chuan Sing, 84, sedangkan pelaku didakwa bebas.

Ng juga mempersoal perkembangan siasatan dan berharap kematian ibu bapanya terbela.

"Saya melaporkan penjual FB (penjual ikan) kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi tiada tindakan diambil, mereka masih menjual di page mereka.

"Lebih banyak nyawa perlu dikorbankan (selepas ini)? Adakah lebih ramai keluarga perlu menanggung kesakitan yang tidak berkesudahan seperti kami?

"Di mana keadilan, apa yang penting? Hidup itu berharga, sila lakukan sesuatu," katanya ketika dihubungi.

Ai Lee turut kecewa kerana mendakwa penjual berkenaan melanggar Seksyen 23(1) Peraturan Pemasaran Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971, yang melarang urus niaga, memproses, mengeksport atau mengimport ikan yang tidak selamat dimakan manusia tanpa kebenaran.

"Hingga hari ini dia bebas berniaga di laman FB dia dan saya sudah buat laporan polis mengenai hal ini pada 15 April lalu," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, kertas siasatan mengenai kes berkenaan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

"Sebarang keputusan bergantung kepada pihak Pendakwa Raya.

"Kita nak caj ataupun tidak melalui undang-undang yang sesuai perlu bergantung kepada pihak DPP," katanya.

Pada 25 Mac lalu, Lim Siew Guan meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas beberapa jam makan ikan buntal, manakala Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing menghembuskan nafas terakhir pada 8 April lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ikan-buntal-kecewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.350207 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list