View: 228|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Polis nafi kemalangan tular di Rembau babitkan lumba haram
[Copy link]
|
|
POLIS menafikan kemalangan tular di media sosial sejak malam tadi membabitkan beberapa remaja menunggang serta membonceng motosikal di Kilometer 2, Jalan Rembau menghala ke Sepri, Rembau, berpunca dari lumba haram. - MEDIA SOSIAL
REMBAU: Polis menafikan kemalangan tular di media sosial sejak malam tadi membabitkan beberapa remaja menunggang serta membonceng motosikal di Kilometer 2, Jalan Rembau menghala ke Sepri di sini, berpunca dari lumba haram.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, sebaliknya kemalangan kira-kira pukul 8.45 malam itu yang membabitkan tiga buah kenderaan itu iaitu dua motosikal jenis SYM dan Honda RSX serta kereta jenis Honda City merupakan kemalangan biasa.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua buah motosikal berkenaan datangnya dari arah Rembau menghala ke Sepri dan kesemuanya baru pulang dari Pekan Rembau.
“Setiba di kawasan selekoh tempat kejadian motosikal jenis SYM telah hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kanan belakang kereta Honda City dan bergesel dengan motosikal Honda RSX yang datang dari belakang arah yang sama.
“Kedua-dua motosikal kemudiannya terbabas masuk ke longkang sebelah kanan arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujar Hazri lagi, akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang serta pembonceng kedua-dua motosikal yang kesemuanya lelaki berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan telah dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, penunggang motosikal SYM mengalami kecederaan pada bahagian pergelangan tangan kiri, manakala pemboncengnya pula luka ringan di tangan dan siku sebelah kanan.
“Penunggang Honda RSX pula cedera pada bahagian kepala dan pembonceng luka pada kedua-dua siku serta kedua-dua lutut.
“Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan,” katanya.
Sejak malam tadi, tular di media sosial membabitkan beberapa keping gambar serta video berdurasi 18 saat dan 25 saat memaparkan beberapa remaja cedera akibat kemalangan dengan motosikal termasuk ke dalam longkang. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... bitkan-lumba-haram/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|