CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Johor] Jari Zainab hancur tersepit dalam mesin tebu

[Copy link]
Post time 6-5-2023 03:33 PM | Show all posts |Read mode

SITI Zainab menerima rawatan di HSNI. FOTO Ali Iqbal

Batu Pahat: "Saya tidak mampu lagi menangis ketika itu, hanya menahan kesakitan," kata Siti Zainab Bachok, 49, apabila empat jari kanan hancur selepas tersangkut pada mesin pemerah tebu di rumahnya di Kampung Bagan Laut, Rengit, dekat sini.

Selain kehilangan empat jari, wanita kepada lima anak itu juga terpaksa menerima kenyataan apabila kudung ibu jari dalam kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi.

Menceritakan kejadian itu, katanya, dia berseorangan sedang menyiapkan tempahan air tebu pelanggan.

"Pada hari itu, saya memulakan tugas lebih awal kerana ada pelanggan mahukan air tebu beku. Baru beberapa minit proses perahan bermula, saya terasa jari tersangkut.

"Tidak rasa sakit ketika itu malah saya sempat mematikan enjin menggunakan tangan kiri. Saya kemudian memanggil salah seorang saudara memaklumkan perkara itu.

"Dengan bantuan saudara terdekat, mereka membuka skru dan menarik tangan saya perlahan-lahan. Ketika itu, barulah saya mula rasa berdenyut," katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Menurutnya, anak lelakinya segera membawanya menaiki kereta untuk dihantar ke HSNI yang mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai.

"Sewaktu dalam perjalanan ke hospital, saya hanya mampu berdoa kerana terlalu sakit dengan darah mula mengalir.

"Saya tengok kulit dan daging jari sudah hancur dan terburai. Rasa ngilu dan perasaan untuk menangis sudah tiada waktu itu," katanya sambil membelek-belek tangan yang masih berbalut.

Siti Zainab menjalani pembedahan hampir dua jam untuk membuang kulit dan daging hancur pada tangannya.

"Doktor beritahu jari tak boleh diselamatkan, hanya tinggal tulang sebab daging sudah tiada. Lagipun proses menampal semula kulit sudah tidak dilakukan kerana melebihi tempohnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... it-dalam-mesin-tebu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.185692 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list