CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bukan di Segambut lah...

[Copy link]
Post time 7-5-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar rakaman video rompakan di Brazil yang didakwa berlaku di stesen kereta api di Segambut, Kuala Lumpur, tular di media sosial, baru-baru ini. FOTO/VIDEO Ihsan Polis

Kuala Lumpur: Polis menafikan insiden rompakan yang tular di media sosial, baru-baru ini, berlaku di stesen kereta api di Segambut, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 41 saat, hari ini, yang memaparkan seorang lelaki dirompak dan dicederakan beberapa individu di sebuah stesen kereta api.

Bagaimanapun, katanya, tiada tarikh, masa dan tempat kejadian dinyatakan pada rakaman video berkenaan yang ditularkan dengan kapsyen 'Segambut public transport at night'.

"Kami menafikan bahawa kejadian itu berlaku di Segambut seperti yang didakwa dan semakan mendapati video berkenaan adalah insiden berlaku di Brazil pada April lalu.

"Video insiden berkenaan didapati disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan dakwaan ia berlaku di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

"Orang ramai juga diminta tidak menyebar mahupun berkongsi lanjut sebarang maklumat sedemikian untuk mengelakkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul 03-40482222 untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-di-segambut-lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.051340 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list