CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tabik buat kau, brader...

[Copy link]
Post time 7-5-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

PEMUDA syarikat e-hailing membantu membersihkan wajah lelaki dipercayai gelandangan. FOTO Tangkap Layar Video Nina Amin

Kuala Lumpur: Video memaparkan penghantar makanan dilihat membersihkan wajah seorang lelaki dipercayai gelandangan di kaki lima tular di laman sosial.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok Nina Amin, pemuda berkenaan dilihat mengelap dan membersihkan wajah lelaki gelandangan berkaki ayam itu dengan tisu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi video itu dirakam.

Dalam perkongsian itu, Nina turut menzahirkan perasaan hormat dan kagumnya dengan pemuda berkenaan.

"Terima kasih brother (pemuda) panda (Food Panda) berhati mulia. Semoga jasa baik anda dibalas berlipat ganda.

"Menangis selepas menyaksikannya dalam perjalanan pulang ke rumah. Tindakan kecil yang besar maknanya," tulis Nina pada kapsyen dan di ruangan komen.

Perkongsian berkenaan turut meruntun hati netizen yang menontonnya.

"Ni (ini) orang luar. Kalau mak (emak) bapak (bapa) macam mana la dia jaga kan. Tabik hormat untuk kamu anak muda," tulis pengguna TikTok dikenali Ina.

"Mulianya hati dia," tulis seorang lagi pengguna dikenali nabellalunae.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bik-buat-kau-brader
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.246367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list