CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Kelantan] Hasil padi merosot 30 peratus, KADA rugi lebih RM2.7 juta

[Copy link]
Post time 9-5-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Bachok: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merekodkan kerugian lebih RM2.7 juta apabila hampir 30 peratus hasil padi merosot akibat musim kemarau.

Pengurus Besarnya, Mohd Faizul Mustafa berkata, antara daerah yang terjejas ialah Pasir Puteh, Tumpat, Kota Bharu Selaran, Bachok, Pasir Mas dan Kota Bharu Utara.

Katanya, kerugian itu membabitkan 1,123 petani dengan jumlah keluasan padi yang terjejas seluas 7,800 hektar.

"Daripada jumlah itu, Pasir Puteh merekodkan kerugian paling tinggi iaitu lebih RM2.2 juta membabitkan 822 petani dan Bachok sebanyak RM480,600 membabitkan 85 petani.

"Penanaman padi kali ini adalah musim kedua untuk tahun ini yang berakhir pada 30 April lalu. Semua sedia maklum kita berdepan musim kemarau menyebabkan hasil padi berkurangan antara 20 hingga 30 peratus.

"Ini menyaksikan pengurangan paling tinggi dalam tempoh sembilan tahun disebabkan cuaca panas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan padi di Kampung Belukar, di sini, hari ini.

Mohd Faizul berkata, jika sebelum ini purata hasil yang diperoleh setiap musim menuai adalah sebanyak 120,000 tan, namun kali ini berkurangan sehingga 30 peratus.

"Pasir Puteh merekodkan kerugian paling tinggi disebabkan lokasi paling jauh dari rumah pam KADA di Kemubu.

"Air yang disalurkan tidak dapat menampung keluasan tanah padi di daerah berkenaan. Masalah ini bukan berlaku di Kelantan saja sebaliknya Kedah dan Perak juga berdepan isu sama.

"Walaupun berdepan masalah musim kemarau, KADA sendiri sudah melakukan pelbagai usaha termasuk membina hampir 100 telaga tiub sepanjang tahun ini selain mengagihkan 500 unit pam mudah alih," katanya.


MOHD Faizul (kanan) bersama petani meninjau kerosakan padi akibat cuaca panas yang melanda Kelantan ketika tinjauan di Kampung Belukar, di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-rm27-juta-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list