CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Kelantan] Keluarga mangsa, penduduk kampung berkurung bimbang serangan harimau

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Keluarga Halim Asin, lelaki Orang Asli dari Kampung Aring 5 di sini, kini berkurung di rumah kerana bimbang dan trauma dengan kejadian serangan binatang buas itu Selasa lalu.

Bapa Halim, Asin Parang, 68, berkata kejadian itu sangat memberi kesan kepada ahli keluarga terutama anak saudara mangsa, Alang Kuang, 8, yang menyaksikan kejadian itu.

"Kalau ikutkan hati yang panas, saya mahu harimau itu juga mati kerana menyebabkan kematian anak saya.

"Saya berharap harimau berkenaan pergi jauh dari kampung ini dan tidak mengganggu penduduk yang menyara hidup dengan mencari hasil hutan," katanya.
Menurut Asin mereka sekeluarga masih sedih dan trauma dengan kejadian itu dan tidak menyangka ia membabitkan ahli keluarganya sendiri.

Katanya, anak lelaki tunggal Halim, Jalen, 8, kini tinggal di bawah jagaannya dan sudah mengetahui bapanya meninggal dunia.

Menurutnya, isteri Halim sudah meninggal dunia dan seorang anaknya kini bersama kami. Kami sekeluarga masih lagi sedih dan berkabung dengan kematian anak keempat daripada enam beradik itu.

"Kami masih berkurung dalam rumah dan tidak ke mana-mana kerana trauma dengan kejadian yang berlaku ketika kami dalam perjalanan pulang ke Kampung Aring 5," katanya.


KELUARGA Halim dihadapan rumah mereka di Kampung Aring 5. FOTO  Paya Linda Yahya


Asin berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat membuat pemantauan dan menangkap harimau berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hasil pemeriksaan fizikal mendapati terdapat kesan gigitan pada leher mangsa.
Katanya, semalam pasukan Perhilitan masih berada di lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut.


"Proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Gua Musang pada 11 pagi ini bagi mengetahui punca kematian mangsa. Kami masih menunggu laporan kematian sama ada berpunca dari serangan haiwan liar atau sebaliknya," katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, seorang lelaki Orang Asli suku kaum Batek dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing di Hulu Sungai Aring­ 5, Selasa lalu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Halim, 27, sedang memancing bersama anak saudara, Alang sebelum dikatakan diserang haiwan liar berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-harimau-metrotv


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035851 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list