CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Imigresen gempur Pati menyewa di Jalan Kampung Abdullah Hukum

[Copy link]
Post time 13-5-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode


ANTARA warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum. FOTO ihsan Imigresen





Kuala Lumpur: Ratusan warga asing yang menginap di unit pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, di sini, dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa, kelmarin.


Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, Operasi Sapu (Op Sapu) itu dijalankan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur susulan aduan penduduk tempatan yang bimbang dengan jumlah warga asing di penempatan terbabit.


Katanya, hampir 100 unit rumah di pangsapuri berkenaan diperiksa dalam operasi bermula jam 12.15 tengah malam kelmarin.


"Seramai 91 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk 28 wanita berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun ditahan hasil pemeriksaan terhadap 254 warga asing.
"Jumlah tangkapan itu terdiri daripada 33 warga Indonesia, Bangladesh (21), Myanmar (17), Pakistan (sembilan), Nepal (lapan), India (dua) dan seorang warga Filipina.
"Ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa Pati cuba bersembunyi selain enggan memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu rumah," katanya.
Syamsul berkata, kebanyakan Pati berkenaan bekerja di sekitar kawasan Bangsar sebagai pekerja pembersihan serta buruh binaan.

"Unit rumah ini mempunyai tiga bilik dan kebanyakan rumah sudah diubah suai oleh pemilik sehingga boleh menampung sehingga 10 orang.

"Operasi akan terus dijalankan dalam usaha membendung Pati," katanya yang memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/966413/imigresen-gempur-pati-menyewa-di-jalan-kampung-abdullah-hukum


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.377354 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list