View: 275|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Polis Negeri Sembilan buka 28 kertas siasatan babitkan ah long
[Copy link]
|
|
AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
SEREMBAN: Sebanyak 26 kertas siasatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 telah dibuka polis Kontinjen Negeri Sembilan sejak bulan Januari sehingga April tahun ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kesemua siasatan tersebut melibatkan kes pemberi pinjam wang tanpa lesen, kes ugutan atau gangguan oleh pemberi pinjam wang termasuk diugut dengan menyimbah cat di premis serta ugutan membakar rumah.
Menurut beliau, sepanjang tahun lalu pula sebanyak 58 kertas siasatan telah dibuka di bawah akta yang sama.
“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan kegiatan pemberi pinjam wang sama ada berlesen atau pun tidak yang bertindak melakukan gangguan atau ugutan atau khianat ke atas peminjam.
“Pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada berurusan secara atas talian dan hanya berurusan di pejabat syarikat pemberi pinjam wang yang berlesen sahaja.
“Ini memudahkan pihak penguat kuasa iaitu pihak polis atau pun agensi berkaitan mengenal pasti dan mengambil tindakan dengan lebih cepat sekiranya ada pemberi pinjam wang ini terlibat dengan kegiatan gangguan atau ugutan atau khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Dzaffir memaklumkan dalam kes terbaharu pada 24 April lalu, pihaknya telah menerima satu laporan di mana sebuah rumah di Taman Paroi Jaya, di sini, telah disimbah cat dan pengadu turut menemui sehelai nota yang ditinggalkan di luar pagar.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, pada 26 April lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, telah menangkap tiga lelaki di sekitar daerah ini serta merampas sebuah kenderaan yang digunakan semasa kejadian serta dua buah telefon bimbit.
“Ketiga-tiga mereka telah ditahan reman bagi membantu siasatan mulai tarikh ditangkap dan kesemuanya mengaku terlibat telah membaling cat di lima buah rumah sekitar Seremban dan Nilai.
“Kesemuanya mendapat upah antara RM100 hingga RM300 dari individu yang hanya dihubungi melalui telefon bimbit sahaja,” katanya.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... n-babitkan-ah-long/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|