CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Melaka] Rempuh pegawai Imigresen, sanggup gadai nyawa

[Copy link]
Post time 14-5-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Sebahagian warga asing yang diperiksa dalam serbuan di premis restoran di bandar Melaka semalam. FOTO Ihsan JIM Melaka





Melaka: Rempuh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sanggup gadai nyawa dengan berlari ke jalan raya sibuk.

Itu tindakan lima lelaki pendatang tanpa izin (PATI) warga India dan Pakistan demi meloloskan diri daripada ditahan pegawai JIM Melaka semalam.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu sia-sia apabila mereka dicekup anggota JIM yang siap mengepung kawasan serbuan.

"Ketika serbuan dilakukan sekumpulan PATI bertindak agresif dengan merempuh pegawai operasi untuk meloloskan diri.

"Akibatnya kamera milik seorang pegawai JIM turut terjatuh, namun kejadian tidak menyebabkan kecederaan.

"PATI terbabit juga sanggup membahayakan diri berlari menuju ke jalan raya yang sibuk, namun semua mereka berjaya ditahan dan dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah serta permit bekerja," katanya.

Menurutnya, operasi dijalankan 20 anggota JIM bermula 11 pagi hingga 1.30 tengah hari di beberapa tempat di Bandaraya Melaka yang disyaki menjadi 'sarang' PATI.
"Keseluruhannya 72 orang warga asing diperiksa dan kita menahan 26 PATI iaitu masing-masing lima warganegara India dan Indonesia, Myanmar (13), Bangladesh (2) dan Pakistan (1)," katanya memaklumkan operasi dibuat susulan aduan awam mengenai kebanjiran PATI di kawasan terbabit.

Mengulas lanjut Anirwan Fauzee berkata, antara kesalahan dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tamat tempoh dan lain-lain kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

"Tiga borang Saman Saksi turut dikeluarkan kepada wakil majikan untuk membantu siasatan dan kita akan mengesan majikan yang didapati menggaji PATI untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/966621/rempuh-pegawai-imigresen-sanggup-gadai-nyawa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.539663 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list