CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 1

Alicia Amin nafi bercinta dengan Amir Ahnaf Kapla High Council

[Copy link]
Post time 14-5-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Selepas dua bulan bercerai, pelakon dan juga model Alicia Amin menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama bintang muda, Amir Ahnaf dan menganggap khabar angin tersebut sebagai tidak berasas.

Ujar Alicia, dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon Projek High Council itu dalam mana-mana majlis, apatah lagi mengenalinya secara rapat seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Saya tak pernah berbual dengan Amir kerana kami langsung tak kenal malah tidak pernah berjumpa dengan dia.

“Setakat ini saya cuma pernah bertemu dengan kawan-kawan Amir iaitu Mierul Aiman dan Nadhir Nassar.

Jadi gosip itu tak benar sama sekali,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin itu lagi, buat masa ini, dia lebih selesa memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding soal hati (cinta).

Kata Alicia, perjalanan kerjayanya masih Panjang, malah dia mempunyai impian untuk mengembangkan kerjaya seninya sehingga ke luar negara.

“Kerjaya peragaan sudah membawa saya ke negara lain. Jadi dalam lakonan pun saya ingin meneroka dan melebarkan langkah lebih jauh,” jelasnya.

Alicia yang ditemui Ketika siding media Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) di stesen KTM Kuala Lumpur, baru-baru ini turut melahirkan rasa gembira apabila diumumkan antara 20 calon awal kategori Aktres Filem Wanita Popular dan Couple Filem Popular menerusi filem The Disappearance Of Irdina Adhwa gandingan bersama Syazuwan Hassan.

Mengenai pencalonannya pula, Alicia mengakui masih baharu dalam industri seni berbanding calon lain yang dilihat mempunyai kedudukan kukuh selain aktif dalam media sosial.

“Sejujurnya saya rasa masih tidak popular dan jarang memuat naik hantaran dalam laman sosial kecuali hal berkaitan kerja.
“Sekiranya ada masa pun, mungkin saya tidak akan dapat raih undi yang banyak seperti artis lain disebabkan kurang berkempen secara maya. Apa pun terima kasih atas pencalonan ini,” katanya.

Untuk rekod, Alicia mendirikan rumah tangga dengan Dr. Farzan Iqbal pada Februari 2022, namun mengesahkan sudah bercerai talak satu sekitar Mac lalu.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil secara bersama dengan melakukan perbincangan sekaligus memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai tul yang Minat kat Alicia ni kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.044945 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list